Panduan Wanita Ketika Di Tempat Parking

Tempat meletak kereta adalah antara sasaran popular penjenayah melakukan kegiatannya terhadap wanita. Di situ berlaku ke seperti rogol,ragut, rompak, samun, culik, serangan fizikal dan banyak lagi yang boleh terjadi. Paling bahaya jika anda berada di tempat letak kereta yang lengang, tidak diawasi ataupun sunyi. Jadi, perlu untuk setiap wanita ketahui tips keselamatan di parking lot agar kejadian tidak diingini berlaku.

Pilih kawasan letak kereta yang terjamin selamat

Jika anda mempunyai pilihan, letaklah kenderaan di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera(CCTV), peronda dan biarlah berpagar.

Jalan terus dan jangan berlengah

Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kunci dan terus beredar daripada situ menggunakan laluan kenderaan menuju ke destinasi anda. Jangan sesekali lalu di celah kenderaan.

Letak dipetak berlampu

Walaupun anda tiba waktu siang dan merancang pulang sebelum malam, kemungkinan untuk pulang lewat memang ada. Justeru itu, letak kereta di petak bawah cahaya lampu terang.

Pastikan kereta dikunci

Pintu dan tingkap mesti sentiasa ditutup serta dikunci. Sejurus masuk dalam kereta, kunci segera pintu mengggunakan kunci pusat atau automatik.

Masuk segera

Anda perlu buka pintu dan masuk ke dalam kereta dengan segera, janganlah sesekali berlengah-lengah. Bila sudah masuk terus kunci.

Elak guna laluan tertutup

Jika meletakkan kenderaan dipetak bertingkat, lebih selamat untuk jalan atas ramp daripada gunakan tangga.

Letak berhampiran pintu masuk

Pilih petak paling hampir dengan pintu masuk bangunan.

Sorok barangan berharga

Jangan biarkan barang berharga seperti dompet, komputer, beg tangan diletak atas kerusi. Sebaiknya sorok atau simpan bawah kerusi, letak di belakang atau simpan di bonet kereta.

Imbas kawasan letak kereta

Apabila hendak ke kereta, tengok keadaan sekeliling terlebih dahulu.Waspada pada orang sekeliling yang mencurigakan contohnya seseorang yang duduk dala kereta dan pandang ke arah anda.

Letak berhampiran dengan laluan pejalan kaki

Pilih petak berhampiran laluan pejalan kaki kerana lalua itu kebiasaannya sentiasa sibuk.

Pastikan anda boleh melihat kereta

Jika berhenti untuk membuat autopay atau bayar di kaunter bayaran, cuba letak di tempat paling hampir dengan mesin. Bila ingin membuat pembayaran, sediakan wang yang cukup agar proses pembayaran tidak terlalu lama.

Jangan letak kereta di tempat tersorok

Kalau boleh jangan letak kereta di sebelah kenderaan seperti lori, van ataupun kenderaan berat lain.

0 comments:

Post a Comment