Panduan Membeli Kereta Cara Tunai Tanpa Hutang Bank


Tips ini dikongsikan oleh saudara Saiful Nang dan boleh kita aplikasikan jika ada disipilin diri yang tinggi!


Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050

Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak...tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk "Riba' Islamic".

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja dan tak perlu tiru, ubahsuai mengikut situasi masing-masing. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

** Untuk tips beli rumah tunai, itu tunggulah...nanti saya sembang lain kali. Boleh sebenarnya kalau nak.

Panduan seks ketika hamil

Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?

Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa air ketuban pecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak ada kaitan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan kelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami kelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?

Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi bayi daripada jangkitan. Kantung amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan oleh jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:

  • pendarahan;
  • sakit atau kekejangan abdomen;
  • ketuban pecah;
  • sejarah kelemahan serviks;
  • plasenta previa, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.

Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidap herpes genital. Jika anda menghidap herpes genital untuk kali pertama semasa mengandung, ada kemungkinan ia boleh dijangkitkan kepada bayi dalam kandungan anda.

Adakah nikmatnya sama?

Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan alat kelamin membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat sesetengah wanita rasa tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Sesetengah wanita juga mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh menyebabkan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?

Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah kehidupan seks anda. Bagi setengah wanita, mereka rasa lebih seksi daripada biasa kerana tidak perlu bimbang tentang konsepsi dan pencegah kehamilan. Tetapi bagi sesetengah yang lain pula hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik. Namun dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dari segi perasaan dan aktiviti seks bagi setiap pasangan suami isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga kerana anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda rasa tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah bahawa setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa hamil.

Adakah nafsu seks suami saya akan berubah?

Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak mendapati anda menarik.

Nafsu suami anda mungkin berkurangan kerana takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?

Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?

Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang tak lapuk dek hujan.

1. Baring di sisi. 

Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik apabila perut anda semakin membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian besar beratnya dari uterus anda.

2. Gunakan katil sebagai alat membantu.

Perut anda bukan penghalang jika anda berbaring menelentang di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.

Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi yang tidak dalam. Penetrasi yang dalam boleh jadi tidak selesa apabila kehamilan meningkat.

3. Naik atas suami anda. 

Dengan cara ini abdomen anda tidak tertekan dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Dengan sedikit eksperimen, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa satu teknik yang sesuai bagi anda.

Sumber: Babycenter.com