Panduan menentukan arah kiblat

PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT
Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu dipelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan dengan situasi yang terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimanakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menentukan arah kiblat :

 
Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.
  
Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tetapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.
  
Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
  
Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi awal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari waktu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.

Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.
  

Panduan Solat Jama' dan Qasar





SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
 


Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.

Syarat Jamak Takdim :
 

i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Zolat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :
 

i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.


SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
 


Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya



Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
  
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.


HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

 
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali. Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :

 


Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar

Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar

Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
 

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.
Solat Zohor dan Asar.
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
 
Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala
Sumber: Zakat Selangor

Panduan Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”   (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”   (HR Al-Hakim dan At-Tabrani)
.
.
.

Waktu Solat Dhuha

Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialahlapan rakaat.
.
1.  Niatnya:
.
.
2.  Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a.  Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/  Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/  As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/  Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b.  Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/  Solat Pertama :   As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/  Solat Seterusnya :   Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3.   Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4.   Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5.  Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW  bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW  bersabda:  “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila  tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.”   (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an,  “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”   (HR. Haklim dan Tabrani).
.
Sumber: shafiqolbu

Panduan Permohonan BR1M 3.0 2014

Borang permohonan BR1M 3.0 : Berita Semasa antara yang terawal mewarwarkan jumlah agihan bagi BR1M 3.0 kali ini dengan tepat sebelum pembentangan Bajet 2014 lagi (DI SINI).
Berdasarkan pengumuman Bajet 2014 di sini, nilai pemberian BR1M 3.0 Bajet 2014 telah pun dinaikkan dan diperluaskan kelompok penerimanya. Ini semua dilakukan dengan bagi mengekang sedikit sebanyak kemungkinan kenaikan harga barang dan kadar inflasi berikutan pengumuman cukai barangan dan perkhidmatan (GST) & kenaikan harga minyak sebelum ini…..

Permohonan BR1M 3.0 Terbuka Kepada 3 Kelompok :

Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM650
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 – RM4,000 :
  • Nilai pemberian BR1M 3.0 RM450
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Individu bujang yang bekerja & berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah :
  • Terima BR1M 3.0 sejumlah RM300
  • Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M RM50
Yang menariknya kali ini, kesemua penerima BR1M 3.0 akan terima Caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia @ iBR1M bernilai RM50 yang akan melindungi anda, anda semua di sini dengan perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlakunya kematian atau hilang upaya kekal
borang br1m 3.0

Syarat Borang Permohonan BR1M 3.0 Online 2014?

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 Tahun Ke Atas
  • Isi Rumah Berpendapatan Bulanan RM4,000 & ke bawah
  • Indovidu Bujang & Bekerja di mana berpendapatan bulanan RM2,000 & ke bawah

Borang Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Online & Offline?

Untuk makluman anda, borang permohonan BR1M 3.0 2014 online & offline boleh didapati secara mudah melalui :
  • kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) : www.hasil.gov.myebr1m.hasil.gov.my
  • pejabat Pembangunan negeri dan pejabat daerah
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
Untuk sebarang pertanya lanjut mengenai borang permohonan BR1M 3.0 anda boleh hubungi br1m3@treasury.gov.my or call the hotline 1-800-222-50
borang br1m 3.0
Dan berdasarkan semakan maklumat terbaru yang diterima Berita Semasa daripada pihak LHDN yang mana mereka sendiri telah pun dalam keadaan bersiap sedia untuk mula buka pendaftaran borang permohonan BR1M 3.0 online @offline 2014 bermula Disember 2013 ini.
BR1M 3.0 terus diperkenalkan kepada rakyat Malaysia termasuk anda, anda di sini bagi mengurangkan impak lonjakan kos sara hidup di Malaysia ketika ini. Berapa ramai di sini layak dan berminat menghantar borang permohonan BR1M 3.0 2014?

Panduan Membeli Tablet Samsung Galaxy Tabs 3 Kids

Dunia semakin moden dan melihatkan anak kecil menggunakan telefon dan tablet pintar kini adalah pemandangan biasa. Foto tablet dan kamera pintar yang pecah juga selalu kami lihat di laman media sosial kerana dimuat naik oleh ibu bapa yang merungut pernati mereka musnah ketika digunakan oleh anak mereka. Oleh itu terdapat pasaran untuk menghasilkan peranti khas untuk kanak-kanak. Samsung memasuki pasaran tablet untuk kanak-kanak dengan menghasilkan Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Ianya sebuah Tab 3 dengan casing mesra kanak-kanak, stylus C Pen dan antaramuka khas untuk kanak-kanak
Rupa Fizikal
Tiada perubahan berlaku dari segi spesifikasi dan rekabentuk diantara Tab 3 7″ dan Tab 3 Kids. Perubahan kosmetik yang berlaku ialah Tab 3 kids ialah sebuah Tab 3 yang dipasangkan casing khas. Casing ini diperbuat daripada plastik dan bahan bergetah. Ia juga turut dileangkapi dengan sebuah stylus C Pen yang besaiz besar. Casing Tab 3 Kids berfungsi sebagai alat pemegang, tablet stand dan cengkerang tahan lasak. C Pen yang disertakan boleh disimpan di dalam alat pemegang yang sama.
Samsung Tab 3M1690019
Pada pendapat kami casing begetah pada badan Tab 3 Kids kelihatan cukup tebal  untuk menahan hentakan sekiranya ia terjatuh secara sisi. Sungguhpun begitu bahagian skrin masih terdedah sekirnya ia terjatuh secara face down. Pemengang plastik merangkap tempat menyimpan stylus dan tablet stand pula pada hemat kami tidak nampak seperti diperbuat dari bahan tahan hentakkan.
Tab 3 Kids mempunyai muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Ia menyokong penambahan memori dalaman dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte.
RightLeft
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
Antaramuka
Kerana ianya tablet khas untuk kanak-kanak, Tab 3 Kids didatangi dengan antaramuka khasnya sendiri. Aplikasi yang dimuat turun disusuan dalam bentuk flash card dan watak-watak kartun bergerak mengikut tatalan pengguna. Ibu bapa boleh mengawal flash card mana yang boleh dipaparkan pada home screen. Aplikasi yang disorokkan boleh diaktifkan semula dengan bantuan panel pentadbirannya sendiri. Terdapat juga sistem kawalan masa dimana anda boleh menatapkan berapa lama tablet aplikasi boleh dimainkan oleh anak anda. Selain daripada itu terdapat juga kemampuan untuk merubah antaramuka kepada antaramuka TouchWiz biasa sekiranya tablet ingin digunakan oleh ibu bapa pula.
Samsung berkata mereka akan menghasilkan lebih banyak aplikasi khas yang mengunakan sepenuhnya semua fungsi Tab 3 Kids. Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun dari Samsung App store milik mereka.
Kesimpulan
Samsung Galaxy Tab 3 Kids ialah sebuah Tab 3 7″ yang diberikan casing luaran baru dan antaramuka khas untuk kanak-kanak. Dari segi spesifikasi tiada perbezaan langsung diantara kedua-dua peranti ini.  Antaramuka kanak-kanak yang direka nampak menarik untuk digunakan oleh kanak-kanak. Casing Tab 3 kids juga kelihatan tahan lasak pada bahagian yang diperbuat daripada getah tatapi kami kurang pasti sama ada pemegang plastik merangkap tablet stand terbina boleh bertahan lama kerana tidak diperbuat dari bahan yang tahan lasak.
Kemampuan mengawal aplikasi yang boleh digunakan oleh kanak-kanak dan meletakkan had masa adalah fungsi yang baik. Fungsi mengubah antaramuka kepada TouchWiz sekiranya ibu bapa mahu manggunakan tablet ini juga bagus.  Tab 3 Kids tidak terhad untuk digunakan oleh si kecil.
Permulaan yang baik bagi Samsung untuk menghasilkan peranti untuk golongan kanak-kanak. Mungkin untuk versi tahun seterusnya kelemahan yang kami naytakan di atas dapat diperbaiki.
PRO dan Kelebihan
  • Antaramuka khas untuk kanak-kanak. Grafik yang terang dan besar memudahkan kanak-kanak menggunakan peranti.
  • Terdapat fungsi mengawal aplikasi apa yang boleh digunakan dengan kawalan masa.
  • Masih mempunyai antaramuka TouchWiz biasa sekiranya ibu bapa mahu menggunakan tablet ini.
  • Casing getah tahan hentakan
  • Casing juga berfungsi sebagai tablet stand terbina.
KONTRA dan Kekurangan
  • Tablet stand dibina dari bahan plastik yang nampak tidak cukup teguh. Berkemungkinan patah apabila digunakan kanak-kanak
Samsung Galaxy Tab 3 Kids dijual pada harga RM 799 bermula 20 November ini

Sumber: Amanz.my

Panduan Membina Blog

Assalamuallaikum WBT

Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka.

Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, anda sudah bergelar seorang blogger.

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, anda mestilah mempunyai akaun google dahulu.

Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika anda sudah mempunyai akaun google, boleh sign dahulu atau klik disini. http://mail.google.com/mail/?hl=en&tab=im.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot.

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'



3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.


4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address

Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda.

5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'

6. Siap. Anda sudah mempunyai akaun blogspot anda sendiri ada boleh mula untuk menaip entri pertama anda.:)

Sumber: Jom Kenal Islam