Panduan Mencuci dan Menanam Uri Bayi

Kredit foto - Azmanishak.com
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'.

Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.

Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.

Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)

  • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
  • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
  • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Cara menguruskan uri


  1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
  2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
  3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
  4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
  5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
  6. Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
  7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
  8. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
  9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
  10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
  11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
  12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
  13. Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

31 comments:

  1. Info yang menarik..boleh di praktikan nanti..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...dah 2 orang anak saya,suami yang basuhkan uri dan tanamkan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah..info yg bermanafaat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah..info yg bermanafaat

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..semoga anak2 kita menjadi anak yg soleh dan solehah..info yg bermanafaat

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah ... Penjelasan yg amat membantu utk pengetahuan bg semua

    ReplyDelete
  7. Terima kasih.amat berguna yang bergelar ayah.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah, baru selesai tanam uri baby...terima kasih diatas perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  9. Ari ni nak tanam uri alhamdulillah panduan berguna.......

    ReplyDelete
  10. Tenkiu ats info ni..slsai dh mbsuh uri..tinggl nk tnm pulak..alhamdllh..

    ReplyDelete
  11. Tenkiu ats info ni..slsai dh mbsuh uri..tinggl nk tnm pulak..alhamdllh..

    ReplyDelete
  12. Sungguh membantu..alhmdulillah..syukran..

    ReplyDelete
  13. Sungguh membantu..alhmdulillah..syukran..

    ReplyDelete
  14. terima kasih diatas sgala ilmu yg tlah dberikn..

    ReplyDelete
  15. terima kasih diatas sgala ilmu yg tlah dberikn..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum terima mohon halal dunia akhirat atas ilmunya

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum terima mohon halal dunia akhirat atas ilmunya

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..
    Sekarang more confident utk uruskn
    Info yg sngat2 membantu
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  19. terima kasih..mohon halal ilmunya

    ReplyDelete
  20. terima kasih..mohon halal ilmunya

    ReplyDelete
  21. Alhamdullilah memberi ilmu yg Sgt mmbantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  22. Alhamdullilah memberi ilmu yg Sgt mmbantu. Terima kasih

    ReplyDelete
  23. Terima kasih semua yang bg nasihat tentang ini.alhamdulillah memberi ajar ilmu terima kasih pda semua

    ReplyDelete
  24. Sebelum no tktau skrg dh tahu trma kasih info yg berguna

    ReplyDelete
  25. Ilmu dan manfaat yg berguna..terima kasih..

    ReplyDelete