Panduan Untuk Suami Ketika Isteri Dalam Tempoh Berpantang

Selesai tempoh sembilan bulan membawa perut yang besar, ibu akan melalui proses bersalin dan seterusnya menjalani tempoh berpantang yang bertujuan untuk merawat kembali segala luka yang dialami sepanjang proses melahirkan anak.

Apa pula peranan suami ketika isteri menjalani tempoh berpantang? Bagi suami yang baharu pertama kali menerima kehadiran anak tentu sahaja agak kalut menghadapi situasi isteri berpantang. Justeru, sebaiknya buat persediaan dengan bertanyakan pengalaman orang lain atau pun membaca info tentang perkara itu.

Untuk makluman, keadaan isteri anda selepas bersalin adalah tersangat lemah fizikal dan mentalnya. Bayangkan proses melahirkan anak memerlukan dia mengeluarkan semua tenaga yang ada, sudah tentu keletihan yang akan dilalui selepas itu sangat berganda.

Bahkan wanita selepas bersalin terkenal mempunyai hormon post partum blues atau dalam bahasa mudahnya masalah meroyan. Jika menghadapi tekanan dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga dan suami terutamanya maka mudahlah wanita selepas bersalin diserang masalah meroyan.

Kesakitan yang dialami di bahagian jahitan sama ada bersalin secara normal mahu pun pembedahan membuatkan ibu berasa tidak selesa. Ditambah pula dengan masalah kurang tidur kerana bayi meragam asyik menangis di tengah malam. Semua itu perlu diharungi oleh ibu apatah lagi sekiranya melalui tempoh berpantang di kampung dan perlu berjauhan dengan suami yang bekerja.

Ketika ini apa yang diperlukan oleh si isteri adalah sokongan dan perhatian daripada suami. Walaupun anda perlu berjauhan daripada isteri yang berpantang di kampung halaman, ia bukan halangan untuk sentiasa berada di sisi isteri.

Sentiasa hubungi isteri anda dan bertanyakan khabar dirinya. Perhatian dan sikap prihatin anda sedikit sebanyak memberi kekuatan kepadanya. Sekiranya isteri berpantang di rumah sendiri, suami hendaklah ringan tulang membantu pelbagai urusan rumah tangga dan penjagaan ibu dan bayi.

Antara tips yang para suami boleh praktikkan sewaktu isteri sedang dalam pantang ialah:-
******************************************************
1. Para suami, bangunlah lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater). - saya kene bangun awal juga sbb mandi siap2 sebelum baby bangun.

2. Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda…Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula…Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai… - Biasanya 2 minggu selepas melahirkan anak, semua benda disediakan depan mata. Dari sarapan, minum kul 10,makan tengahhari dan seterusnya.. Oh indahnya..Hehehe

3. Cubalah belajar untuk mandikan baby anda walaupun baby anda masih lembut badannya.. Kalaulah anda tiada kemahiran mandikan baby ataupun tak berbakat langsung, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah. - Part ini saya memang setuju..Sebabnya saya tak pernah mandikan anak sehingga tali pusatnya tanggal..Takut.. Memang suami mandikan dan siapkan baby. Nasib baik suami memang berani.. Kalau tak sape nak mandikan ko nak oiii? Lepas saya siap sarapan baru saya susukan. Ada ke kawan-kawan yang macam saya gak?

4. Jika kelahiran ini bukan kelahiran yang pertama (maksudnya sudah ada 1-2 anak sebelumnya), pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah diharapkan isteri yang baru melahirkan itu untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak. - Ya betul... Takkan la tengah sakit2 nak kene siapkan baju sekolah anak la,masak la..Tak patut..Tak patut...

5. Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).Ya betul...

6. Sentiasa berada di sisi isteri untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro. - tak perlu ler sentiasa berada kat sisi...Kang lain plak jadinya.. Hahaha..

7. Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan. Ya betul... Biasanya lepas 2 minggu tu dah kuat skit, tapi tak boleh la lasak sangat.

8. Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan terjadinya kemurungan atau post-partum depression. Ya betul... Suami hepi isteri pun hepi...

9. Ikhlaskan diri menjaga isteri anda kerana dia adalah amanah. Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Ya betul...

Mungkin sukar untuk menjadi suami yang dapat memenuhi tips di atas…Namun, sekiranya anda para suami, berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak-anak anda…Pasti anda dapat lakukannya dengan mudah…Jika ada para suami yang berkecil hati dengan artikel ini, saya mohon maaf..Niat saya cuma ingin berkongsi kebaikan kepada semua…Sama-samalah kita berubah kea rah yang lebih baik…InsyaAllah…

Sumber

0 comments:

Post a Comment