Panduan Rumahtangga: Posisi jimak yang berbahaya

Untuk menghangatkan perhubungan seks, suami dan isteri berusaha untuk memvariasikan posisi setiap kali bersama. Usaha ini harus dipuji namun, sesetengah posisi tidak digalakkan untuk pasangan mencubanya kerana ia boleh membahayakan anda berdua.

69 Secara Berdiri

Suami akan berdiri dan mengangkat isteri secara terbalik. Posisi ini sangat berbahaya kerana dikhuatiri pasangan yang kepalanya di bawah akan terjatuh dan patah lehernya ketika pasangan yang satu lagi mencapai klimaks.

Cowgirl Sambil Berdiri

Kami tidak tahu sekiranya posisi ini mustahil untuk dilakukan namun begitu ia wujud dan diamalkan oleh sesetengah pasangan barat. Jangan sesekali mencubanya kerana pasangan wanita pasti akan terjatuh sekiranya pasangan lelaki hilang keseimbangan.

Jelly Fish

Berlakon seperti pembunuh bersiri, si suami akan berada di belakang dan menyarungkan beg plastik pada kepala isteri. Ini berbahaya dan boleh membawa maut kerana isteri akan sesak nafas akibat kekurangan oksigen.

Bodybuilder

Suami akan berdiri dan mengangkat isteri, manakala si isteri akan memeluk suami menggunakan kakinya. Sekiranya anda tidak kuat, atau mungkin berat badan isteri melebihi berat badan anda, jangan cuba posisi ini kerana akhirnya, anda berdua pasti terjatuh.

Sumber: Eh!

0 comments:

Post a Comment