Pengenalan
Melecur merupakan kecederaan biasa yang mudah di cegah. Melecur mudah berlaku akibat kecuaian. Kecederaaan akibat melecur biasanya berlaku ke atas kanak-kanak kerana sifat ingin tahu dan gerakan motor yang belum matang.
Sebab-sebab biasa melecur boleh berlaku ialah:
Lepuhan akibat daripada air panas atau cecair masakan. Objek panas seperti sterika, dapur. Haba daripada minyak masak yang terlampau panas, percikan api. Kebakaran bahan kima yang menghakis. Kebakaran elektrik seperti bermain dengan plug elektrik,sambungan wayar dan soket yang terdedah. Terdedah terlalu lama kepada pancaran cahaya matahari.
Tanda dan gejala
Melecur terbahagi kepada :
Permukaan Kulit
Ia hanya melibatkan permukaan kulit sahaja. Kulit menjadi merah dan sakit, tetapi tiada gelembung.
Kulit Dalam
Ia melibatkan lapisan luar kulit. Selain kulit menjadi merah, panas atau sakit, kulit juga melepuh.
Keseluruhan Kulit
Ia melibatkan semua lapisan kulit termasuk tisu dalaman kulit. Kulit kelihatan pucat, keras dan menggelupas. Ia tidak menyakitkan dan mungkin terdapat kerosakan pada salur saraf.
Terbakar Kulit Dalam
Komplikasi
Komplikasi yang serius boleh berlaku sekiranya sebahagian besar permukaan kulit melecur dan melibatkan bahagian dalaman kulit :
Jangkitan - demam, bernanah, sakit yang teruk dan kulit menggelembung. Komplikasi jangka panjang ialah terjadinya parut.
Rawatan
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan. Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.

- Jika sebahagian kulit sahaja yang melecur(kurang daripada saiz tapak tangan), ia boleh dirawat di rumah.
- Lucutkan pakaian yang ketat dan barang hiasan dengan berhati-hati. Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air selama lebih kurang 15 minit.
- Sapukan krim atau losyen yang sesuai.
- Jangan sesekali menggunakan minyak gris, mentega, minyak rambut atau ubat gigi yang mana ianya boleh menyebabkan jangkitan.
- Minum ubat paracetamol (sirap) untuk mengurangkan kesakitan.
- Jangan pecahkan gelembung. Sekiranya ia pecah, biarkan sahaja.
- Anda perlukan imunisasi untuk menghalang tetanus. Dapatkan khidmat doktor.
Rawatan lanjutan di hospital perlu diambil sekiranya :
- Keseluruhan kulit terbakar.
- Kulit yang melecur melebihi saiz tapak tangan mangsa.
- Jika ia melibatkan bahagian mulut, tekak, mata, telinga, muka atau kawasan kelamin.
- Melecur disebabkan bahan-bahan kimia.
- Melecur akibat renjatan elektrik.
- Terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai alahan.
Ikut arahan bagi tahap melecur dan melepuh yang dialami. Balut kawasan yang melecur dan melepuh dengan kain yang bersih atau pembalut. Anak anda memerlukan suntikan tetanus sekiranya belum pernah mendapatkan suntikan tersebut sebelum ini atau suntikan terakhir yang diterima adalah lebih daripada 5 tahun.
Pencegahan
- Jauhkan kanak-kanak daripada dapur yang panas, air panas dan barang-barang elektrik.
- Jangan biarkan kanak-kanak dalam 'baby walker' di kawasan dapur.
- Jangan mendukung anak kecil ketika memasak.
- Jangan membawa masakan panas ketika anak-anak berada berhampiran. Jauhkan mancis, pemetik api dan rokok daripada kanak-kanak.
- Jangan biarkan anak-anak bermain dengan barangan elektrik di rumah.
- Jangan biarkan wayar barangan elektrik berjuntai dan simpan sterika panas di tempat yang selamat.
- Jangan gunakan alas meja kerana kanak-kanak kecil boleh menariknya jatuh.
Pemulihan
Rawatan urutan kanak-kanak dan rawatan terapi bergantung pada tahap kecederaan. Sesetengan kecederaan memerlukan rawatan seperti pembedahan untuk menampal kulit.
ReplyDeleteSatu artikel menarik tentang teknik rawatan luka melecur. Di sini saya ingin juga berkongsi tentang teknik pertolongan cemas bagi rawatan luka melecur sekiranya seseorang itu tidak sempat berjumpa doktor. Sila layari halaman web http://www.healthmassa.com untuk mendapatkan teknik rawatan tersebut secara terperinci.