Panduan Solat Sunat Rawatib (Iringi Solat Fardhu)
Perkataan Rawatib berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Solat Sunat Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah (sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Solat Rawatib ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas solat fardhu. Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian:

- Sunat Rawatib yang “Muakkad”
- Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.
- Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
- Ba’diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang “Muakkad” adalah 10 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Subuh
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
- 2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad” pula adalah 12 rakaat seperti berikut :
- 2 Rakaat sebelum Solat Zohor
- 2 Rakaat selepas Solat Zohor.
- 4 Rakaat sebelum Solat Asar.
- 2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
- 2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah s.a.w :
عن عبد الله بن عمر قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين بعد العشاء وركعتين قبل الغداة – (متفق عليه)
Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar, katanya, “Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh.” –(Muttafaq alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
- Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut: قَبْلِيَّةً
- Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut: بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ ( الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً / بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum / Selepas) kerana Allah Taala.
______________________________________
Pembahasan Solat Sunat Rawatib
Tanya:
Assalaamualaykum warohmatullahi wabarokatuh. Saya baru belajar mendalami agama Allah yg sebenarnya, yg mengikut al-Qur’an dan hadist dan sunnah para sahabat dan imam. Ada yang ingin saya tanyakan? Masalah solat sunat dalam menjalankan solat lima waktu.
Ada yg boleh dikerjakan dan tidak. Maksudnya solat sunat yang boleh dikerjakan waktu mengerjakan solat wajib lima waktu: Yang mana boleh di kerjakan dan mana yang tidak? Tolong diberi penjelasannya … Fauzan

Jawab:
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Mungkin yang anda maksud adalah solat sunat rawatib (yang berada sebelum dan setelah solat wajib). Ada tiga hadits yang menjelaskan jumlah solat sunat rawatib beserta letak-letaknya:
1. Dari Ummu Habibah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Tidaklah seorang muslim mendirikan solat sunat ikhlas karena Allah sebanyak dua belas rakaat selain solat fardhu, melainkan Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di surga. (HR. Muslim no. 728)
Dan dalam riwayat At-Tirmizi dan An-Nasai, ditafsirkan ke-12 rakaat tersebut. Beliau bersabda:
مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Barangsiapa menjaga dalam mengerjakan solat sunat dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan rumah untuknya di surga, yaitu empat rakaat sebelum zhuhur, dua rakaat setelah zhuhur, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah isya` dan dua rakaat sebelum subuh. (HR. At-Tirmizi no. 379 dan An-Nasai no. 1772 dari Aisyah)
2. Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radliallahu ‘anhu dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ
Aku menghafal sesuatu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berupa solat sunat sepuluh raka’at yaitu; dua raka’at sebelum solat zuhur, dua raka’at sesudahnya, dua raka’at sesudah solat maghrib di rumah beliau, dua raka’at sesudah solat isya’ di rumah beliau, dan dua raka’at sebelum solat subuh. (HR. Al-Bukhari no. 937, 1165, 1173, 1180 dan Muslim no. 729)Dalam sebuah riwayat keduanya, “Dua rakaat setelah jumat.”
Dalam riwayat Muslim, “Adapun pada solat maghrib, isya, dan jum’at, maka Nabi r mengerjakan solat sunatnya di rumah.”
3. Dari Ibnu Umar dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا
Semoga Allah merahmati seseorang yang mengerjakan solat (sunat) empat raka’at sebelum Ashar. (HR. Abu Daud no. 1271 dan At-Tirmizi no. 430)
Maka dari sini kita bisa mengetahui bahwa solat sunat rawatib adalah:
1- 2 rakaat sebelum subuh, dan sunnahnya dikerjakan di rumah.
2- 2 rakaat sebelum zuhur, dan bisa juga 4 rakaat.
3- 2 rakaat setelah zuhur
4- 4 rakaat sebelum ashar
5- 2 rakaat setelah jumat.
6- 2 rakaat setelah maghrib, dan sunnahnya dikerjakan di rumah.
7- 2 rakaat setelah isya, dan sunnahnya dikerjakan di rumah.

Soal: Apakah hukum solat sunat setelah subuh, sebelum jumat, setelah ashar, sebelum maghrib, dan sebelum isya?
Jawab:
Adapun dua rakaat sebelum maghrib dan sebelum isya, maka dia tetap disunnahkan dengan dalil umum:
Adapun dua rakaat sebelum maghrib dan sebelum isya, maka dia tetap disunnahkan dengan dalil umum:
Dari Abdullah bin Mughaffal Al Muzani dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلَاةٌ قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ فِي الثَّالِثَةِ لِمَنْ شَاءَ
Di antara setiap dua adzan (azan dan iqamah) itu ada solat (sunat). Beliau mengulanginya hingga tiga kali. Dan pada kali yang ketiga beliau bersabda, “Bagi siapa saja yang mau mengerjakannya. (HR. Al-Bukhari no. 588 dan Muslim no. 1384)
Adapun setelah subuh dan ashar, maka tidak ada solat sunat rawatib saat itu. Bahkan terlarang untuk solat sunat mutlak pada waktu itu, karena kedua waktu itu termasuk dari lima waktu terlarang.
Dari Ibnu ‘Abbas dia berkata:
شَهِدَ عِنْدِي رِجَالٌ مَرْضِيُّونَ وَأَرْضَاهُمْ عِنْدِي عُمَرُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَشْرُقَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ
Orang-orang yang diridlai mempersaksikan kepadaku dan di antara mereka yang paling aku ridhai adalah ‘Umar, (mereka semua mengatakan) bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang solat setelah Shubuh hingga matahari terbit, dan setelah ‘Ashar sampai matahari terbenam. (HR. Al-Bukhari no. 547 dan Muslim no. 1367)
Adapun solat sunat sebelum jumat, maka pendapat yang rajih adalah tidak disunnahkan. Insya Allah mengenai tidak disyariatkannya solat sunat sebelum jumat akan datang pembahasannya tersendiri, wallahu Ta’ala a’lam.
__________________________
Sumber 1: http://al-atsariyyah.com/pembahasan-lengkap-shalat-sunnah-rawatib.html
Sumber 2: http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/srawatib.html
Sumber 3: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib
Sumber 2: http://www.e-mosque.com.my/ibadatsunat/srawatib.html
Sumber 3: http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-rawatib
0 comments:
Post a Comment