Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.
Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.
Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya
Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan
Isi Rumah | Syarat |
---|---|
Bantuan RM650
|
|
Isi Rumah | Syarat |
---|---|
Bantuan RM450
|
|
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau
i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi
memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M
sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal- Berkahwin
- Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
- Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas (sebatang kara)
Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda | Syarat |
---|---|
Bantuan RM300 |
|
Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan
Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
- Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
- Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
- Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
- Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
- Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Sila ikuti ruangan dibawah bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M 2014
Tarikh | Penerangan dan Pemberitahuan |
---|---|
13 November | Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013 |
18 Disember |
Permohonan secara manual dan dalam talian
(online) BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka mulai 23 Disember ini (Isnin)
sehingga 31 Januari 2014
Seperti maklumat yang diberitahu sebelum
ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu
mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota
keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan
Untuk pemohon baru pula boleh mendaftar
secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan
BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh berkenaan
Bagi mendapatkan borang permohonan, boleh rujuk informasi di atas
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh
menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember
ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang
Informasi seterusnya seperti muat turun
(download) borang permohonan dan pautan (link) bagi pendaftaran BR1M 3.0
secara online akan disertakan dalam ruangan ini
|
23 Disember |
Untuk permohonan baru ataupun membuat
kemaskini maklumat daripada BR1M 2.0 yang terdahulu boleh di buat secara
dalam talian (online) ataupun secara manual dengan mengisi borang
Permohonan BR1M 2014 secara online ataupun untuk memuat turun (download) borang adalah dengan meng-klik butang merah dibawah
Sistem Permohonan online BR1M 2014 (eBR1M)
Download Borang BR1M 2014
Bagi mendapatkan panduan permohonan baru ataupun kemaskini maklumat sila klik butang biru dan merah di bawah
Panduan permohonan untuk pemohon baru menggunakan sistem dan talian (online)
Panduan kemaskini maklumat permohonan secara online
Nota lain
Kepada yang membuat permohonan baru ataupun
kemaskini maklumat secara manual dengan menggunakan borang,
sila dihantar borang berkenaan ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran
Pemohon dinasihatkan melayari sistem online
permohonan atau kemaskini maklumat BR1M 3.0 tahun 2014 bukan di waktu
puncak, kerana laman berkenaan mungkin sukar diakses disebabkan capaian
yang dibuat keatas laman itu pada satu-satu masa adalah terlalu tinggi
|
No comments:
Post a Comment