Panduan Permohonan BR1M 2014


Seperti yang diketahui umum, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah salah satu insentif kerajaan yang terkandung dalam teras kelima bajet 2014 iaitu “Mensejahtera Kehidupan Rakyat”.

Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun ini juga  lebih dikenali sebagai BR1M 3.0 yang merujuk kepada sudah tiga kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat yang berkelayakan.

Permohonan dan Pendaftaran BR1M 3.0

Jadi pada tahun ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Menariknya untuk BR1M 3.0 turut diperluaskan dan dinaikkan nilainya
Berikut adalah informasi mengenai syarat kelayakan BR1M 3.0 sepertimana yang ditetapkan

Isi Rumah Syarat
Bantuan RM650
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Isi Rumah Syarat
Bantuan RM450
  • i-BR1M: RM50
  • Warganegara Malaysia
  • Berpendapatan bulanan RM3,000 hingga RM4,000
  • Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun ke atas
Definasi Isi Rumah
Adalah seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya
  • Berkahwin
  • Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan
  • Bujang (Janda,Duda)yang mempunyai tanggungan dan warga emas  (sebatang kara)
Selain itu, caruman Insuran Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima BR1M sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal

Individu (Bujang) Termasuk Balu atau Janda mahupun duda Syarat
Bantuan RM300
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Berpendapatan RM2,000 sebulan ke bawah
  • Tidak mempunyai tanggungan
  • Bukan pelajar IPT kerana akan mendapat bantuan baucar buku RM250
Menurut maklumat awal, penerima sebelum ini tidak perlu lagi mendaftar untuk kali ketiga. Mereka telah layak secara automatik.

Selain itu, Penerima BR1M sebelum ini perlu mendaftar semula (kemaskini maklumat) jikalau bertukar alamat atau kematian ketua isi rumah untuk membolehkan mereka menerima bantuan

Borang boleh di dapati secara percuma menerusi
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my
Pemohon baru yang memenuhi  kriteria yang seperti telah dinyatakan boleh mendaftar mengisi borang bersertakan antaranya
  • Salinan kad pengenalan (MyKad) | Kad Polis | Kad Tentera (Jika memohon secara manual)
Untuk tahun sebelumnya pendaftaran BR1M turut boleh dibuat secara dalam talian (online).

Sila ikuti ruangan dibawah bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M 2014
Tarikh Penerangan dan Pemberitahuan
13 November Permohonan BR1M 3.0 dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2013
18 Disember
Permohonan secara manual dan dalam talian (online) BR1M 3.0 tahun 2014 akan dibuka mulai 23 Disember ini (Isnin) sehingga 31 Januari 2014
Seperti maklumat yang diberitahu sebelum ini, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan
Untuk pemohon baru pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh berkenaan
Bagi mendapatkan borang permohonan, boleh rujuk informasi di atas
Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari 2014
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai 23 Disember ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang

Informasi seterusnya seperti muat turun (download) borang permohonan dan pautan (link) bagi pendaftaran BR1M 3.0 secara online akan disertakan dalam ruangan ini

23 Disember
Untuk permohonan baru ataupun membuat kemaskini maklumat daripada BR1M 2.0 yang terdahulu boleh di buat secara dalam talian (online) ataupun secara manual dengan mengisi borang
Permohonan BR1M 2014 secara online ataupun untuk memuat turun (download) borang adalah dengan meng-klik butang merah dibawah
Sistem Permohonan online BR1M 2014 (eBR1M) Download Borang BR1M 2014
Bagi mendapatkan panduan permohonan baru ataupun kemaskini maklumat sila klik butang biru dan merah di bawah
Panduan permohonan untuk pemohon baru menggunakan sistem dan talian (online) Panduan kemaskini maklumat permohonan secara online Nota lain
Kepada yang membuat permohonan baru ataupun kemaskini maklumat secara manual dengan menggunakan borang, sila dihantar borang berkenaan ke mana- mana cawangan LHDNM berhampiran
Pemohon dinasihatkan melayari sistem online permohonan atau kemaskini maklumat BR1M 3.0 tahun 2014 bukan di waktu puncak, kerana laman berkenaan mungkin sukar diakses disebabkan capaian yang dibuat keatas laman itu pada satu-satu masa adalah terlalu tinggi



Panduan Buang Air Kecil Dalam Islam

Membuang air kecil atau kencing adalah satu keperluan bagi setiap manusia. Kencing merupakan salah satu nikmat yang dikurniakan Allah SWT yang patut kita syukuri.

Bayangkan kalau kita menahan kencing? Pasti rasa kurang menyenangkan. Bila dilepaskan, fuh! satu nikmat yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata.. hehe..

Cara kencing yang betul ialah mengikut cara Sunnah Nabi SAW. Semasa kencing, kita perlu mengikut adab yang telah digariskan dalam Islam kerana kebanyakan manusia mendapat azab kubur hanya akibat kencingnya tidak sempurna (percikan air kencing kena pada pakaian).

Sebagaimana sabda Rasullullah SAW :

“Sucikanlah dirimu dari air kencing, kerana sesungguhnya sebahagian besar seksa kubur itu disebabkan olehnya”. (Hadits Riwayat Ad-Daruquthni)

Cara kencing yang betul ialah

1- Mencangkung sambil menutup kepala. Syaitan akan kencing di atas kepala yang tidak ditutup.

2- Punggung pula duduk di atas kaki kanan. Tarik seluar atau kain hingga ke paras bawah lutut.

3- Tangan kiri anda menekan sedikit di perut. Tangan kanan diguna untuk tutup kepala.

Jamban yang berbentuk bowl (mangkuk tandas) TIDAK digalakkan pasang di rumah kerana ianya amat sukar digunakan jika mencangkung. Pernah terjadi kes mangkuk tandas pecah selepas seorang perempuan duduk di atasnya ketika hendak membuang air sehingga menyebabkan kecederaan yang serius,

Tidak dibenarkan kencing sambil berdiri kerana dikhuatiri percikan air kencing terkena pada pakaian sehingga tidak sah solat.

Selepas air kencing berjaya dibuang, picit-picit sikit kemaluan tu sambil goyang-goyang sikit badan sambil berdehem tiga kali supaya sisa-sisa air kencing dapat dikeluarkan sepenuhnya. Barulah masalah kencing tak tos dapat diatasi.

Selepas itu, basuh kemaluan dengan air mutlak yang mengalir. Kemudian, keringkan dengan tisu. Akhir sekali sila flush dengan senang hati tanpa rasa bersalah

Panduan Memohon Pasport Kali Pertama


Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:

  1. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
  2. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97) yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
  3. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
    PemohonJikaSyarat-syarat
    Pemohon yang berumur 18 tahun ke atasLahir dalam negara
    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
    Lahir luar negara
    • MyKad pemohon
    • Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
    Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.
    • MyKad pemohon
    • Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.
    Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
    Pegawai dan anggota tentera
    • Kad Tentera
    Pegawai dan anggota polis
    • Kad Polis
    • Sijil lahir pemohon
    Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawahLahir dalam negara
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama).
    Lahir luar negara
    • Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf
    • Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan.
    • MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
    Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Sijil kematian ibu/bapa
    • Surat sumpah hak penjagaan anak / surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.
    • Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    Jika ibu dan bapa bercerai
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa.
    • MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah.
    Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan
    • MyKad pemohon
    • Sijil lahir pemohon
    • Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah.
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    Jika pemohon adalah anak angkat
    • MyKad pemohon
    • Sijil Anak Angkat
    • Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing)
    Jika pemohon telah berkahwin
    • MyKad pemohon
    • Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

    Sumber: Imigresen

    Pemohon pasport Malaysia tidak perlu bawa gambar sendiri

    PUTRAJAYA 10 Dis. - Berkuat kuasa Mac tahun depan semua pemohon pasport Malaysia tidak perlu lagi membawa gambar sendiri.

    Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, urusan tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen dan tiada bayaran tambahan bakal dikenakan.

    "Menerusi langkah ini semua pemohon baharu atau yang hendak memperbaharui pasport lama hanya perlu hadir ke pejabat imigresen dan tidak perlu bawa gambar seperti sebelum ini.

    "Gambar ini akan ditangkap (dirakam) di pejabat imigresen berkenaan dan percuma," katanya selepas menghadiri sambutan Hari Imigresen di Ibu Pejabat Imigresen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE




    Panduan Mencuci dan Menanam Uri Bayi

    Kredit foto - Azmanishak.com
    Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri atau juga dikenali sebagai 'placenta'.

    Oleh kerana uri tersebut keluar dari faraj isterinya, tempat yang paling sulit dan maruah suami, maka suamilah yang sebaik-baiknya mencuci uri dan menguruskannya. Uri adalah sebahagian daripada bayi, dan kerana itu ia perlu dijaga.

    Sebenarnya tiada hukum, nas atau hadis yg jelas mengenai cara menguruskan uri, Cuma sesuatu anggota tubuh apabila tidak dikehendaki digalakkan supaya dipelihara dan dijaga dengan baik.“Jika dibuang saja pun tidaklah menjadi dosa tapi seelok eloknya dibasuh dan ditanam supaya tidak kotor dan berbau busuk yg mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang lain pula.

    Perangai anak anak tidak ada hubung kait dengan dimana atau bagaimana uri diuruskan. Semuanya bergantung pada didikan yg diberikan ibu bapanya. Nabi (S.A.W) pernah bersabda yang mafhumnya, seorang bayi yg baru lahir ibarat sehelai kain putih. Ibu dan bapanyalah yg menentukan sama ada dia menjadi Majusi atau Nasrani.

    Tidak ada doa-doa khusus untuk dibacakan semasa menanam uri bagi menjamin menjadi anak yang soleh atau solehah. Cukup sekadar baca Bismillah dan berselawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad.

    Sebenarnya bagi mendapatkan anak soleh dan solehah, pasangan ibu bapa harus memainkan peranan. Mereka berdua haruslah menjaga kelakuan, makanan dan minuman anak anak serta memastikan halal, bukannya di mana dan bagaimana uri ditanam.

    Hukum menanam uri adalah HARUS (JAKIM)

    • Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
    • Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
    • Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat.

    Cara menguruskan uri


    1. Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
    2. Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
    3. Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
    4. Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
    5. Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah) Bau hanyir darah boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
    6. Perahkan limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri. Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
    7. Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput. Ini bagi menghalang air basuhan bercampur darah daripada menitik merata-rata ketika hendak membawanya nanti.
    8. Boleh juga diikat di dalam kain (tak semestinya kain putih) seperti sup bunjut. Ini untuk memudahkan kita membawanya ke tempat yang yang hendak ditanam.
    9. Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
    10. Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
    11. Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
    12. Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
    13. Jangan di letak lilin, paku dan barangan yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

    Panduan Mengisi Angin Tayar Kereta

    Berapa tekanan angin tayar yang sepatutnya?

    Pengguna wajar memastikan angn tayar kereta sentiasa mencukup. Angin tayar yang mencukupi bukan sahaj memastikan keseleamatan kenderaan malah boleh menjimatkan minyak.

    Periksa sendiri tekanan setiap 2 minggu dan jadikannya ia WAJIB!

    Kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik (boleh beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..) pressure tester  yang menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar sudah dikira mencukupi.
    Pressure Gauge

    Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc & 1.5 cc = 190 hingga 230 kpa, contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja) Tayar depan isikan 210/3o dan tayar belakang pula 190/29. Kalau kereta perodua kancil boleh diisi dalam lingkungan 180-200 kpa.

    Yang pasti kebanyakkan orang mengisi angin tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..

    Panduan Membaca Bacaan/Tulisan Pada Tayar Kereta

    JIKA kita lihat pada dinding tepi tayar, pasti akan nampak tulisan siaz tayar tersebut dan diikuti oleh beberapa abjad dan juga nombor.

    Ramai yang masih tidak tahu apa maksud nombor dan abjad tersebut dan minggu ini kita akan bincangkan apa informasi yang kita dapat dari tulisan tersebut.

    205 / 55 R 16 91 V XL

    205: Ini ialah lebar tayar dalam milimeter, dari sisi ke sisi.

    55: Ini ialah aspect ratio atau Series. Ia bermaksud ketinggian dinding tayar dalam bentuk peratusan berbanding dengan lebar tayar. Contoh di sini ialah 55 peratus (atau 55 series) dari 205mm (lebar) ialah 112.75mm (ketinggian sebenar dinding tayar dalam mm).

    R: Memberi maksud jenis rangka binaan tayar ini. R bermaksud Radial, dan digunakan oleh kebanyakkan kereta penumpang.

    16: Diameter rim/roda dalam inci. Contoh di sini bermakna tayar ini untuk rim bersaiz 16 inci.

    91: Ini ialah Indeks Beban (Load Index), dan 91 bermaksud satu tayar ini boleh menampung sebanyak 615kg.

    V: Ini ialah simbol kelajuan (Speed Symbol atau SS). Semua tayar mempunyai indeks ini dan jika ia digunakan melebihi had, tayar berkemungkinan meletup. Paling sering digunakan ialah H, tetapi tayar berprestasi tinggi menggunakan V atau Z.

    XL: Ada sesetengah tayar datang dengan tulisan ini, yang bermaksud Extra Load. Ia direka untuk beban dan tekanan udara yang tinggi dari versi standard.

    Kemampuan tayar kenderaan anda melalui maklumat tulisan pada tayar (sidewall)


    1. Logo ECE (European)
    2. Logo DOT -DOT Serial Number - Identifies the plant, manufacturer, and date of production
    3. Logo MS (Malaysian Standard)
    4. Tanda paras amaran botak/haus

    Contoh: cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

    Indeks Kelajuan

    Q - 100 mph 160kph R - 106 mph 170kph
    S - 112 mph 180kph
    T - 118 mph 190kph U - 124 mph 200kph
    H - 130 mph 210kph
    V - 149 mph 240kph
    W- 168 mph 270kph
    Z - more than 168 mph 270kph

    Panduan Wanita Ketika Di Tempat Parking

    Tempat meletak kereta adalah antara sasaran popular penjenayah melakukan kegiatannya terhadap wanita. Di situ berlaku ke seperti rogol,ragut, rompak, samun, culik, serangan fizikal dan banyak lagi yang boleh terjadi. Paling bahaya jika anda berada di tempat letak kereta yang lengang, tidak diawasi ataupun sunyi. Jadi, perlu untuk setiap wanita ketahui tips keselamatan di parking lot agar kejadian tidak diingini berlaku.

    Pilih kawasan letak kereta yang terjamin selamat

    Jika anda mempunyai pilihan, letaklah kenderaan di kawasan yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera(CCTV), peronda dan biarlah berpagar.

    Jalan terus dan jangan berlengah

    Sebaik sahaja keluar daripada kereta, kunci dan terus beredar daripada situ menggunakan laluan kenderaan menuju ke destinasi anda. Jangan sesekali lalu di celah kenderaan.

    Letak dipetak berlampu

    Walaupun anda tiba waktu siang dan merancang pulang sebelum malam, kemungkinan untuk pulang lewat memang ada. Justeru itu, letak kereta di petak bawah cahaya lampu terang.

    Pastikan kereta dikunci

    Pintu dan tingkap mesti sentiasa ditutup serta dikunci. Sejurus masuk dalam kereta, kunci segera pintu mengggunakan kunci pusat atau automatik.

    Masuk segera

    Anda perlu buka pintu dan masuk ke dalam kereta dengan segera, janganlah sesekali berlengah-lengah. Bila sudah masuk terus kunci.

    Elak guna laluan tertutup

    Jika meletakkan kenderaan dipetak bertingkat, lebih selamat untuk jalan atas ramp daripada gunakan tangga.

    Letak berhampiran pintu masuk

    Pilih petak paling hampir dengan pintu masuk bangunan.

    Sorok barangan berharga

    Jangan biarkan barang berharga seperti dompet, komputer, beg tangan diletak atas kerusi. Sebaiknya sorok atau simpan bawah kerusi, letak di belakang atau simpan di bonet kereta.

    Imbas kawasan letak kereta

    Apabila hendak ke kereta, tengok keadaan sekeliling terlebih dahulu.Waspada pada orang sekeliling yang mencurigakan contohnya seseorang yang duduk dala kereta dan pandang ke arah anda.

    Letak berhampiran dengan laluan pejalan kaki

    Pilih petak berhampiran laluan pejalan kaki kerana lalua itu kebiasaannya sentiasa sibuk.

    Pastikan anda boleh melihat kereta

    Jika berhenti untuk membuat autopay atau bayar di kaunter bayaran, cuba letak di tempat paling hampir dengan mesin. Bila ingin membuat pembayaran, sediakan wang yang cukup agar proses pembayaran tidak terlalu lama.

    Jangan letak kereta di tempat tersorok

    Kalau boleh jangan letak kereta di sebelah kenderaan seperti lori, van ataupun kenderaan berat lain.

    Panduan pemanduan kereta yang jimat petrol

    BUKAN mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah. Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.

    Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut:


    • Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekankan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu. Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek. Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif.
    • Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan. Berdasarkan satu lagi laporan konsumer, pemanduan kereta pada kelajuan 75 batu sejam daripada 65 batu sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.
    • Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielakkan. Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula. Rilekskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.
    • Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California. Sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak, walau sesaat. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.
    • Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.

    Panduan hilangkan kesan kotoran kopi

    Di sini, kami ingin kongsikan beberapa cara bagaimana untuk membersihkan cawan, pakaian, permaidani, alas meja anda jika anda tertumpahkan kopi ke atas mereka seperti di bawah:

    Air soda
    Anda tertumpahkan kopi pada diri sendiri? Letakkan soda ke atas kesan kotoran, berterusan sehingga kotoran tersebut benar-benar hilang. Cara ini juga sangat bagus apabila anda tertumpahkan kopi pada permaidani atau alas meja anda.

    Cuka
    Selain kopi, anda juga boleh menyingkirkan kesan kotoran daripada bir, jus buah-buahan atau teh dari pakaian atau alas meja anda dengan dengan menepek bahagian yang kotor dengan tuala yang dibasahkan dengan cuka putih cair sebelum membasuhnya. Bagi kotoran besar, anda perlu merendam kain tersebut semalaman dalam larutan cuka dan air sejuk (3:1) sebelum membasuh.

    Tisu bayi
    Gunakan bayi lap untuk hapuskan tumpahan kopi dari karpet atau permaidani anda kerana ia menyerap kedua-dua cecair dan kotoran. Tisu bayi juga boleh berkesan digunakan untuk pelbagai kesan akibat tumpahan air pada pakaian dan perabot.

    Soda penaik
    Singkirkan kotoran akibat kopi pada pakaian anda dengan mencelup kain ke dalam soda penaik, kemudian perlahan-lahan gosokkannya pada cawan atau piring. Bilas sehingga bersih dan keringkannya.

    Kuning telur
    Pecahkan telur dan gunakan kuning telur untuk menghilangkan kotoran akibat kopi dengan tuala selama kira-kira satu minit. Bilas dengan air, dan anda akan lihat hasilnya.

    Garam
    Anda boleh menghilangkan kesan kotoran pada cawan teh atau kopi dengan percikan garam ke span dan menggosok dalam bulatan kecil di seluruh noda. Jika ia tidak hilang dengan segera, campuran cuka putih dengan garam dalam ratio yang sama dan gosok dengan span.

    Panduan Jika Kereta Anda Ditengalami Air Banjir

    Seorang pemilik bengkel kereta, Mohd Roslan Dol dari Kuantan Pahang yang hampir 20 tahun berpengalaman dalam membaiki kenderaan menasihati agar jangan sekali-kali dihidupkan kenderaan tersebut apabila ditemu bual oleh Awani.

    Perkara lain yang perlu periksa adalah minyak gear kerana perlu dipastikan minyak gear tersebut tidak bercampur dengan air. Walaubagaimanapun adalah menjadi satu amalan yang baik jika minyak gear dan minyak enjin diganti sahaja bagi memastikan kelancaran enjin kenderaan.