Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Panduan Qada' Solat Tertinggal

Nota Editor: Artikel ini asalnya telah dikongsikan oleh Ustaz Abu Basyer di Blog Tanyalah Ustaz.
Soalan : Ustaz,saya nak tanya,macamana kita nak qada solat yang kita pernah tinggal dahulu,dan cara mengerjakannya..?
Jawapan :
Solat yang pernah ditinggalkan setelah baligh (bermimpi keluar air mani) wajib di qada. Cuba buat kiraan berapa banyak kita telah meninggalkan solat fardu. Kita boleh mengqada solat tak kira waktu jika ada masa maka tunaikanlah untuk membayar hutang kita kepada Allah SWT. Hutang ini akan ditanya di akhirat nanti jika kita enggan membayarnya semasa hidup di dunia. Contoh jika masuk waktu zohor setelah kita solat zohor bersama imam (solat berjemaah) selepas habis saja solat fardu maka kita solat qada zohor. Atau pun boleh juga kita solat qada zohor setelah muazin melaungkan azan zohor. Contoh niat solat qada : “Sahaja aku solat qada fardu zohor kerana Allah Taala”
Dalil perlunya solat qada yang pernah ditinggalkan masa remaja dulu : Dari Anas bin Malik ra, berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jika salah seorang dari kamu tertidur atau lalai hingga lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya apabila teringat kerana Allah berfirman : Dirikanlah solatuntuk mengingatiKu (Hadis Sahih Muslim)

Panduan QUNUT NAZILAH Menurut sunnah Nabi.



1. Dalil Pensyariatan QUNUT NAZILAH

Daripada Anas bin Malik RA:

أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ اسْتَمَدُّوا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى عَدُوٍّ فَأَمَدَّهُمْ بِسَبْعِينَ مِنَ الْأَنْصَارِ كُنَّا نُسَمِّيهِمُ الْقُرَّاءَ فِي زَمَانِهِمْ كَانُوا يَحْتَطِبُونَ بِالنَّهَارِ وَيُصَلُّونَ بِاللَّيْلِ حَتَّى كَانُوا بِبِئْرِ مَعُونَةَ قَتَلُوهُمْ وَغَدَرُوا بِهِمْ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَنَتَ شَهْرًا يَدْعُو فِي الصُّبْحِ عَلَى أَحْيَاءٍ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ عَلَى رِعْلٍ وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْيَانَ

Mafhumnya: “Bahawa Bani Ri’lin, Zakwan, Usaiyah dan Bani Lahyan pernah meminta pertolongan dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk menghadapi musuh mereka. Maka baginda menghantar bantuan seramai 70 orang sahabat dari golongan Ansar. Kami menamakan mereka sebagai al-Qurra, mereka dahulunya mengedarkan makanan untuk orang-orang yang memerlukan pada siang hari dan banyak menunaikan solat pada malam hari. Sehinggalah mereka sampai di Bi’ri Ma’unah, tiba-tiba mereka di bunuh dan dikhanati oleh kabilah-kabilah berkenaan. Apabila berita itu sampai kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, baginda membaca qunut (Nazilah) selama sebulan dan berdoa dalam solat Subuh untuk dikenakan balasan ke atas jenayah dan pengkhianatan Bani Ri’lin, Zakwan, ‘Usayyah dan Bani Lahyan.” (HR al-Bukhari)

2. Conton Doa QUNUT NAZILAH

اَللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِيْنُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ، وَنُثْنِيْ عَلَيْكَ الْخَيْرَ، وَلَا نَكْفُرُكَ، اللهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُدُ، وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ، وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إنَّ عَذَابَكَ الجِدَّ بِالْكُفَّارِ مُلْحَقٌ،

اَللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ وَأَهْلَ الْكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلَامَ وَالْمُسلمين، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَدَمِّرْ أَعْدَاءَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْن, اَللَّهُمَّ أَهْلِكِ الْكَفَرَةَ وَالطُّغَاةَ وَالظَّالِمِيْنَ يَا رَبَّ اْلعَالَمِيْن، اَللَّهُمَّ اِنَّنَا نَجْعَلُكَ فى نُحُورِ أَعْدَاءِنَا و نَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ, اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَ فَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ يَا قَهَّار, يَا جَبَّار, يَا مُنْتَقِم, يَا الله, يَا الله, يَا الله.

اللهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، اِهْزِمْهُمْ وَاْنصُرْنَا عَلَيْهِمْ.

اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْنَ فِيْ فِلِسْطِيْن، اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْلِمِيْن فِيْ كُلِّ مَكَان, اَللَّهُمَّ أَنْجِ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ, اَللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المُحْتَلِّيْنَ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ, اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ، اَللَّهُمَّ أهْلِكْ الصِّهْيُوْنِيَّةَ وَمَنْ وَالَاهُمْ.

اَللَّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ فِيْ سَبِيْلِكْ، والْمُضْطَهَدِيْنَ فِيْ دِيْنِهِمْ فِيْ كُلِّ مَكَان، اَللَّهُمَّ انْصُرْ إخْوَانَنَا فِيْ فِلِسْطِيْن وفي رُوْهِيڠيَا، اَللَّهُمَّ انْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ، اَللَّهُمَّ اجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ، وَوَحِّدْ صُفُوْفَهُمْ، يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ, رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ.

MAKSUDNYA:
“Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami menuju, dan kami menyegerakan langkah, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu sangat pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir dan Ahli kitab yang menghalangi jalanMU.

Ya Allah muliakanlah Islam dan kaum muslimin, dan hinakanlah kesyirikan dan kaum musyrik, Ya Allah hancurkan musuh-musuhMu yang merupakan musuh-musuh agamaMu (Islam), Ya Allah binasakanlah kekufuran, toghut dan orang-orang yang zalim, Wahai tuhan sekelian alam.

Ya Allah kami jadikan Engkau dihadapan musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah cerai-beraikan kekuatan mereka, pecah-belahkan kesatuan mereka, selerakkanlah kalimah mereka, dan goncangkan kedudukan mereka, Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, wahai Tuhan Yang Maha Keras, wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah.

Ya Allah, wahai Tuhan, yang menurunkan al-Kitab, wahai Tuhan yang menggerakkan awan, wahai Tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkanlah mereka (orang-orang kuffar) dan bantulah kami menghadapi mereka.

Ya Allah, selamatkanlah kaum muslimin di Palestin dan Rohingya, Ya Allah selamatkanlah kaum muslimin di semua tempat, Ya Allah selamatkanlah kaum-kaum yang lemah dari kalangan orang-orang yang beriman, Ya Allah keraskan balasanMu ke atas orang-orang Yahudi Perampas dan Penjajah, Ya Allah kenakan ke atas mereka tahun-tahun keperitan seperti tahun-tahun keperitan pada zaman Nabi Yusuf. Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya, Ya Allah hancurkan Yahudi Zionis dan penyokong-penyokongnya.

Ya Allah bantulah saudara-saudara kami para pejuang di jalanMu, yang ditindas kerana agama yang mereka anuti di semua tempat. Ya Allah bantulah saudara-saudara kami di Palestin dan di Rohingya, Ya Allah bantulah mereka, Ya Allah bantulah mereka berdepan dengan musuhMu dan musuh mereka, Ya Allah satukanlah kalimah mereka, dan saf-saf mereka, wahai Tuhan sekelian alam, Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri, jika Engkau tidak mengampunkan kami dan mengasihani kami, sudah pasti kami akan tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi."

3. Panduan QUNUT NAZILAH

1. Boleh melakukan Qunut Nazilah dalam semua solat Fardhu seperti yang telah thabit di dalam hadis Sahih al-Bukhari. Qunut Nazilah dalam solat ‘Asar pula thabit dari hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dengan sanad yang Jayyid.

2. Kebanyakan Qunut Nazilah yang baginda lakukan adalah dalam solat Subuh, kemudian Maghrib, kemudian ‘Isyak, kemudian Zohor, kemudian ‘Asar. Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah: “Disyariatkan Qunut ketika ditimpa bencana, mendoakan kebaikan untuk umat Islam dan balasan ke atas orang-orang kafir, dalam solat Subuh dan solat-solat Fardhu yang lain. Demikianlah seperti yang dilakukan oleh ‘Omar bin al-Khattab yang melakukan Qunut Nazilah ketika berlaku bencana iaitulah ketika memerangi Nasara dengan doanya: “Ya Allah kenakanlah laknatMu ke atas orang-orang kufur dari kalangan Ahli Kitab.” (Majmu’ al-Fatawa: 22/270)

3. Qunut Nazilah dilakukan dalam rakaat yang terakhir, selepas Ruku’.

4. Digalakkan supaya tidak memanjangkan Qunut Nazilah. Berdasarkan hadis Anas ketika beliau ditanya: “Apakah baginda shallallahu 'alaihi wasallam melakukan Qunut Nazilah dalam solat Subuh?” beliau menjawab: “Ya, selepas rukuk dengan ringkas.” (HR Muslim)

5. Qunut Nazilah dilakukan ketika berlaku bencana dan ditinggalkan setelah bencana hilang. Berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA di dalam Sahih Muslim. Al-Imam Ibn al-Qayyim berkata:“Hanyasanya baginda berqunut ketika berlaku musibah untuk berdoa meminta kebaikan kepada kaum muslimin yang ditimpa musibah, dan memohon dikenakan balasan ke atas kaum yang zalim. Kemudian baginda meninggalkannya apabila mereka yang baginda doakan telah pulang dan bebas dari tawanan, mereka yang baginda mohon dikenakan balasan pula memeluk Islam dan datang kepada Nabi shalallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan bertaubat. Dan qunut yang baginda baca disebabkan ada perkara yang mendatang, apabila perkara itu tiada lagi baginda meninggalkan bacaan qunut.”(Ibn al-Qayyim dalam Zaad al-Ma’ad: 1/272)

6. Tidak terdapat sighah khusus untuk qunut nazilah. Sighah yang dilampirkan adalah sebagai cadangan dan panduan sahaja.

7. Sunat di”Jahar”kan bacaan qunut berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya. Sunat juga dijaharkan dalam semua solat, termasuk solat yang Sirr. (al-Nawawi di dalam al-Majmu’:3/482)

8. Sunat makmum mengaminkan doa qunut nazilah oleh Imam berdasarkan hadis dari Ibn ‘Abbas RA yang berkata: “…baginda memohon dikenakan balasan ke atas beberapa perkampungan dari Bani Sulaim, ke atas Ri’lin, Zakwan dan ‘Usaiyah, dan doa baginda diaminkan oleh sahabat yang berada di belakang baginda.” (HR Ahmad dan Abu Daud dengan Sanad yang Jayyid)

9. Sunat mengangkat tangan ketika berqunut nazilah, berdasarkan hadis dari Anas RA yang berkata:

مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَدَ عَلَى شَيْءٍ قَطُّ وَجْدَهُ عَلَيْهِمْ ـ يعني القرَّاء ـ فَلَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْغَدَاةِ رَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا عَلَيْهِمْ

Mafhumnya: “Saya tidak pernah melihat Rasulullah sedih terhadap sesuatu berbanding kesedihan baginda ke atas al-Qurra. Sesungguhnya daku melihat Rasulullah shalĺallahu 'alaihi wasallam di dalam solat Subuh mengangkat dua tangan baginda meminta dikenakan balasan ke atas golongan yang kianat.” (HR Ahmad dengan Sanad yang Sahih)

Al-Nawawi berkata: “Diriwayatkan hadis ini oleh al-Baihaqi dengan sanad baginya Sahih atau Hasan” (al-Majmu’: 3/479)

Daripada Abi Rafi’ katanya: “Daku pernah solat bersama dengan ‘Omar bin al-Khattab RA, beliau pernah berqunut selepas dari rukuk, beliau mengangkat tangan dan menjaharkan doa.”(Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dan katanya: Riwayat ini dari Omar adalah Sahih.” (Sunan al-Baihaqi: 2/212)

10. Tidak dianjurkan menyapu muka selepas qunut nazilah.

11. Makmum hendaklah mengikut imam. Jika imam berqunut nazilah maka mereka berqunut jika imam tidak berqunut, maka mereka tidak perlu membaca qunut nazilah.

Wallahu a’lam.

Panduan Puasa: Kaedah Solat Terawih Bersendirian

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya.

Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Panduan Bersuci Tayammum

Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajibdisebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib .

Allah berfirman: “…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. …” (al-Maidah (5): 6).

Cara Bertayammum

1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.

Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.

Syarat-Syarat Sah Bertayammum

1. Menghilangkan najis terlebih dahulu.
2. Tanah debu yang suci.
3. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
4. Ada qasad / niat penggunaan tanah.
5. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
6. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
7. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
8. Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.

Rukun Tayammum

1. Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
2. Menyapu Muka.
3. Menyapu Tangan.
4. Tertib.

Bahan Untuk Bertayammum

1. Debu tanah yang bersih iaitu:
2. Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
3. Tidak dikategorikan sebagai abu.
4. Suci dan tidak bernajis.
5. Tidak musta’mal.
6. Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
7. Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
8. kerana tidak mengandungi debu tanah.

Hikmah Bertayammum

Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.

Panduan Solat Ketika Sakit

Klik untuk besarkan imej

1. SOLAT SAMBIL DUDUK
  • Keadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.
  • Mengadap kiblat.
  • Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.
  • Rukuk dilakukan dgn menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.
  • Iktidal pula dilakukan dgn mengangkat kepala tegak semula.
  • Sujud spt biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dgn menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.

2. SOLAT BARING MENGIRING
  • Mengiring di atas rusuk kanan.
  • Muka dan dada mengadap kiblat.
  • Rukuk dan sujud dilakukan dgn cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dgn menundukkan kepala lebih rendah drp ketika rukuk.
  • Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.

3. SOLAT BARING MELENTANG
  • Baring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblat
  • Tinggikan sedikit kepala dgn menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.
  • Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata spt dalam suasana solat mengiring di atas
  • Jika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dgn cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.
  • Tangan diangkat sepertipt biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dgn ucapan Allahu Akbar sahaja.

4. SOLAT SECARA MELAKUKAN ISYARAT KELOPAK MATA
  • Berada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.
  • Kaki menghala ke arah kiblat.
  • Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.

5. SOLAT SECARA INGAT DI DALAM HATI
  • Menggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.