Showing posts with label Berpuasa. Show all posts
Showing posts with label Berpuasa. Show all posts

Panduan Puasa: Kaedah Solat Terawih Bersendirian

Soalan; saya ada dua soalan;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam.

Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain.

Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).

2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya.

Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus.

Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang solat terawih, sila baca di blog Laman Fiqh Anda (http://fiqh-am.blogspot.com/).

Wallahu a’lam.

Sumber: USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Panduan Puasa: Perkara membatalkan dan tidak membatalkan ibadat puasa

Tujuh perkara yang membatalkan puasa, seperti berikut:

1. Jimak (persetubuhan)
2. Onani
3. Makan dan minum
4. Apa-apa yang dianggap sama dengan makan dan minum
5. Mengeluarkan darah seperti berbekam dan sepertinya
6. Muntah dengan sengaja
7. Haid dan Nifas

Perkara pertama yang membatalkan puasa ialah: persetubuhan.

Ini adalah perkara yang paling besar dan paling berdosa antara perkara-perkara yang membatalkan puasa. Barangsiapa yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadan dengan sengaja dan dengan kehendak dia sendiri, di mana dua kemaluan bertemu dan hujung kemaluan lelaki memasuki antara dua tempat masuk, telah membatalkan puasanya, sama ada dia mengeluarkan air mania tau tidak. Wajib baginya bertaubat, sempurnakan hari tersebut (i.e. tidak makan dan minum sehinggalah terbenam matahari), ganti puasa tersebut dan membayar denda.

Buktinya adalah sebuah hadis daripada Abu Hurayrah radiyallahu anhu berkata: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama dan berkata, “Binasalah aku, wahai Rasulullah!” Baginda berkata, “Kenapa kamu akan binasa?” Beliau menjawab, “Aku telah bersetubuh dengan isteriku (di siang hari) dalam Ramadan.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu membebaskan seorang hamba?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu berpuasa dua bulan berturut-turut?” Beliau menjawab, “Tidak.” Baginda berkata, “Apakah kamu mampu memberi makan kepada enam puluh orang miskin?” Beliau menjawab, “Tidak.”…. HR al-Bukhari 1936; Muslim 1111.

Tiada denda bagi pembatal-pembatal puasa melainkan bersetubuh.

Perkara kedua daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah onani.

Ini bermakna mengeluarkan air mani atau klimaks dengan menggunakan tangan etc.

Dalil bahawa onani adalah daripada salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah firman Allah dalam hadis Qudsi di mana Dia berkata mengenai orang yang berpuasa: “Dia meninggalkan makan dan minum dan syahwatnya demiKu.” HR al-Bukhari 1894; Muslim 1151. Onani berada di bawah syahwat di mana seorang yang berpuasa berlepas diri daripadanya.

Barangsiapa yang beronani di siang hari dalam bulan Ramadan wajib bertaubat kepada Allah dan menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari, dan perlu menggantikan puasa tersebut pada hari lain.

Jikalau dia mula beronani dan berhenti sebelum terkeluarnya air mani, perlunya dia bertaubat, tetapi puasanya tetap sah dan dia tidak perlu menggantikannya kerana dia tidak mengeluarkan air mani.
Seorang yang berpuasa sepatutnya menjauhkan dirinya daripada segala yang akan menaikkan syahwatnya dan menjauhkan dirinya daripada fikiran-fikiran yang buruk. Mengenai terkeluarnya air madzi, pandangan yang paling tepat adalah ia tidak membatalkan puasa.

Perkara ketiga yang membatalkan puasa adalah makan dan minum.

Ini merujuk kepada makanan dan minuman yang memasuki perut melalui mulut. Apa-apa yang memasuki perut melalui hidung, ini adalah seperti makan dan minum. Maka, Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Masukkanlah air ke dalam hidung sedalam-dalamnya kecuali tatkala kamu sedang berpuasa.” HR al-Tirmidhi, 788.

Jikalau air masuk ke dalam perut melalui hidung tidak membatalkan puasa, pasti Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama tidak akan memberitahu mengenai orang yang sedang berpuasa untuk tidak memasukkan air ke dalam hidung sedalam-dalamnya.

Perkara keempat daripada perkara yang membatalkan puasa adalah apa-apa yang dianggap di bawah perkara yang sama seperti makan dan minum.

Ini termasuk dua perkara:

1. Pemindahan darah kepada yang sedang berpuasa – contohnya jikalau dia mempunyai pendarahan yang banyak dan diberikan darah. Ini membatalkan puasa kerana darah terbentuk daripada makanan dan minuman.

2. Menerima melalui jarum (drip) bahan yang memberikan khasiat yang menggantikan makanan dan minuman, kerana ia sama seperti makanan dan minuman.
Shayikh Ibn Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadan, ms.70.

Mengenai suntikan-suntikan yang tidak menggantikan makanan dan minuman, bahkan ia diberikan untuk tujuan perubatan – sepertinya penisilin dan insulin – ataupun diberikan untuk memberikan tenaga pada badan, ataupun tujuan vaksin, ia tidak memberi kesan terhadap puasa, sama ada ia di berikan pada urat ataupun otot. Fataawa Muhammad ibn Ibraaheem, 4/189.

Tetapi, demi keselamatan, suntikan-suntikan tersebut boleh diberikan pada waktu malam. Dialisis, di mana darah dikeluarkan, dibersihkan dan dikembalikan kepada badan dengan tambahan bahan kimia seperti gula dan garam etc. dianggap membatalkan puasa. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/19

Perkara kelima daripada perkara yang membatalkan puasa adalah mengeluarkan darah melalui bekam kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama berkata: “Tukang bekam dan yang dibekam membatalkan puasa mereka.” HR Abu Dawood 2367; disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih Abi Dawood, 2047.

Menderma darah termasuk di bawah bekam, kerana ia akan memberi kesan kepada badan dengan cara yang sama. Dengan ini, ia tidak dibenarkan bagi seorang yang berpuasa untuk menderma darah melainkan ia suatu keperluan, maka ia dibenarkan. Dalam kes ini, penderma telah membatalkan puasanya dan perlu menggantikannya pada hari lain. Ibn ‘Uthaymeen, Majaalis Shahr Ramadaan, ms. 71.

Jikalau seorang menghadapi hidung berdarah, puasanya sah, kerana ia berlaku secara tidak sengaja. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/264.

Mengenai pendarahan daripada mencabut gigi, pembedahan atau ujian darah etc., ia tidak membatalkan puasa kerana ia bukan bekam ataupun suatu yang sepertinya, melainkan ia memberi kesan kepada badan sepertinya berbekam.

Perkara keenam yang membatalkan puasa adalah muntah dengan sengaja, kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama telah bersabda: “Barangsiapa yang muntah dengan tidak sengaja, tidak perlu menggantikan puasanya, tetapi barangsiapa yang muntah dengan sengaja maka perlu dia menggantikannya.” HR al-Tirmidhi, 720, disahihkan oleh al-Albaani dalam Sahih al-Tirmidhi, 577.

Ibn al-Mundhir berkata: Para ulama bersetuju bahawa puasa seorang yang muntah dengan sengaja terbatal. Al-Mughni, 4/368.

Barangsiapa yang muntah dengan sengaja dengan meletakkan jarinya pada tekaknya, menekan perutnya, sengaja bau suatu yang teruk atau tetap melihat pada suatu yang boleh menyebabkannya untuk muntah, perlu menggantikan puasanya pada hari lain. Jikalau muntahnya ingin terkeluar, maka janganlah dia menahannya kerana ia akan memudaratkannya. Majaalis Sharh Ramadaan, Ibn ‘Uthaymeen, ms. 71.

Perkara ketujuh yang membatalkan puasa adalah darah haid dan nifas. Kerana Rasulullah salla Allah alaihi wa sallama telah bersabda: “Bukankah apabila dia (seorang wanita) haid, tidak solat dan tidak berpuasa?” HR al-Bukhari 304.

Apabila seorang wanita melihat darah haidnya atau nifas, puasanya terbatal walaupun pada waktu itu adalah sebelum matahari terbenam.

Jikalau seorang wanita itu merasakan bahawa haidnya telah bermula tetapi darah masih belum keluar sehinggalah setelah terbenamnya matahari, puasanya masih sah.

Jikalau seorang wanita haid atau nifas, darahnya terhenti pada waktu malam, dan dia berniat untuk berpuasa, lalu tibanya waktu terbitnya matahari sebelum dia melakukan mandi wajib, pendapat para ulama adalah puasanya sah. Al-Fath, 4/148.

Ia lebih diutamakan bagi seorang wanita untuk menerima fitrahnya dan untuk menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya, dan tidak untuk mengambil apa-apa perubatan untuk menghalang haidhnya. Dia perlu menerima apa yang telah Allah tetapkan baginya untuk tidak berpuasa ketika haidnya tiba, dan untuk menggantikannya pada hari lain. Inilah apa yang telah dilakukan oleh Ummul Mukminin dan para wanita salaf. Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/151.

Tambahan pula, ia telah dibuktikan oleh perubatan bahawa cara-cara menghalang haid adalah merbahaya dan ramai wanita yang telah menghadapi pusingan haid yang tidak tetap. Jikalau seorang wanita mengambil pil dan haidnya terhenti, ini tidak mengapa, dia boleh berpuasa dan puasanya sah.

Inilah perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kesemuanya – tidak termasuk haid dan nifas – hanya membatalkan puasa dengan tiga syarat: jikalau seseorang itu sedar akan hukumnya dan mengetahui mengenainya; bahawa dia melakukannya dengan keadaan yang sedar dan bukan dalam keadaan terlupa; dan dia melakukannya itu dengan kehendak dia sendiri dan tidak dipaksa.

Kita juga perlu menyatakan beberapa perkara yang tidak membatalkan puasa:

  • Enemas, ubat mata, ubat telinga, cabut gigi dan rawatan terhadap kecederaan tidak membatalkan puasa. Majmoo’ Fataawa Shaykh al-Islam, 25/233; 25/245
  • Tablet perubatan yang diletakkan di bawah lidah untuk merawat serangan asma etc, selagi mana tidak menelan bahan sisanya.
  • Memasukkan apa-apa ke dalam vagina seperti pessaries, atau spekulum, atau jari doctor dengan tujuan ujian perubatan.
  • Memasukkan apa-apa peralatan perubatan atau IUD ke dalam rahim.
  • Apa-apa yang memasuki saluran kencing lelaki dan wanita, seperti tuib ‘catheter’, atau ‘medical scopes’, atau ‘opaque dyes’ yang dimasukkan untuk tujuan x-ray, atau perubatan, atau bahan untuk membersihkan pundi kencing.
  • Menampal gigi, mencabut gigi, membersihkan gigi, sama ada dengan siwak ataupun berus gigi, selagi mana dielakkan menelan sesuatu sehingga ia mencapai tekak.
  • Kumur-kumur dan spray etc. pada mulut selagi mana tidak menelannya sehingga ia mencapai tekak.
  • Oxygen atau gas anestatik, selagi mana ia tidak memberikan apa-apa khasiat pada pesakit.
  • Apa-apa yang boleh masuk ke dalam badan melalui penyerapan pada kulit seperti krim, ‘puoltices’ etc.
  • Kemasukan tuib halus pada urat untuk penggambaran diagnostik atau rawatan pada urat jantung atau mana-mana bahagian badan.
  • Kemasukan skop melalui dinding perut untuk melihat usus dengan cara pembedahan (laproskopi)
  • Mengambil bahan ujian daripada hati atau mana-mana bahagian badan, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan-bahan yang memberikan khasiat.
  • Endoskop, selagi mana ia tidak disertakan dengan pemberian bahan kimia atau selainnya.
  • Kemasukan apa-apa peralatan perubatan atau bahan kepada otak atau ‘spinal column’.


Wallahu ‘alam.

Sumber : ilmucahayakehidupan

Panduan Puasa: Senarai Bazaar Ramadhan di Kuala Lumpur

Senarai Bazaar Ramadhan 2014 di KL Kuala Lumpur (bazar Ramadan @ Pasar Malam) : Pastinya sebentar lagi selepas waktu Asar dan akan berlangsung meriah sepanjang bulan Puasa ramadhan 2014 kali ini, lokasi yang paling menjadi tumpuan sekali yang majoritinya umat Islam di Malaysia adalah bazaar Ramadhan. Sangat ramai..

Pastinya berjalan-jalan disekitar kawasan tapak Bazaar Ramadhan di sekitar bandaraya KL Kuala Lumpur, boleh ramabang mata dibuatnya. Masakan tidak dengan pelbagai juadah yang disediakan di sana, boleh hilang pertimbangan untuk membelinya dek kerana desakan nafsu yang meluap-luap untuk berbelanja di sana.

Oleh itu, bagi memudahkan anda membuat semakan bagi senaraian lokasi & tapak Bazaar Ramadhan 2014 di KL Kuala Lumpur Malaysia, Berita Semasa kongsikan dengan anda senarainya seperti di bawah ini….
Senarai Bazaar Ramadhan di KL Kuala Lumpur, Malaysia

Bazaar Ramadan Batu KL

Tapak Parking Pasar Selayang
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Sentul Pasar
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
PPR Batu Muda
Taman Wilayah Selayang Fasa 3
Kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks, kawasan lapang di tepi Kompleks dan didalam Kompleks, Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

Bazaar Ramadan Wangsa Maju Kuala Lumpur

Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Kaki lima Plaza Idaman
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Tapak Pasar Malam Taman Melati

Bazaar Ramadan Bukit Bintang Kuala Lumpur

Siarkaki Leboh Pudu
Jalan Masjid India
Jalan Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Lorong Berangan
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman -Kawasan tempat letak kereta persendirian
Jalan Haji Taib
Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit Hingga Ke Supermarket Bintang (Jln Hj Taib/ Tuanku Abdul Rahman- Chow Kit)

Bazaar Ramadan Cheras KL

Taman SegarJalan Susur Off Jln Pasar/PuduKEPONGJalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

Bazaar Ramadan Seputeh Kuala Lumpur

Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

Bazaar Ramadan Lembah Pantai KL

Jalan Sri Jati 3
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

Bazaar Ramadan Segambut KL

Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Jalan Cochrane

Bazaar Ramadan Titiwangsa KL

Pasar Datuk Keramat
Jalan Hj Hussein, Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Persimpangan Jalan Tar/ Jln Raja Alang
Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang

Bazaar Ramadan Setiawangsa KL

Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Jalan Wangsa Melawati 3
Jalan Wangsa Delima
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Di kawasan tanah kosong di hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Semarak off Jalan Semarak

Bazaar Ramadan Bandar Tun Razak KL

Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sungai Besi
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Taman Len Sen
Jalan Benteng (Sebelah Restoran Burger King & Bangunan Hong Kong & Shanghai Bank)
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Dataran Padang Permainan Bandar Tun Razak

P/S : Berdasarkan senarai Bazaar Ramadhan 2014 di KL Kuala Lumpur seperti di atas ini, mana satu yang menjadi pilihan anda yang selalu dikunjungi anda? Mengapa?

Sumber: Berita Semasa


Panduan Sahur Elak Lapar Pada Siang Hari Bulan Puasa

Tips sahur sihat elak lapar, dahaga dan lemah di Bulan Puasa Ramadhan. Sahur adalah sangat penting bagi umat islam untuk meneruskan rutin harian dengan menahan lapar dan dahaga disepanjang bulan Ramadhan pada siang hari. Tanpa sahur yang betul, badan akan mudah lemah dan tidak bertenaga.

Tips Sahur Sihat Elak Lapar Di Bulan Puasa Ramadhan

1. Anda diwajibkan bersahur sebelum terbitnya Fajar. Elakkan tidur yang berlebihan sehingga anda terlepas waktu sahur.

2. Elakkan minuman yang manis dan bergula kerana ianya akan membuatkan anda cepat dahaga kelak.

3. Banyakkan minum air kosong atau air suam.

4. Elakkan makanan ringan ketika sahur seperti mee segera (Maggi), snek ringan dan sebagainya kerana ianya mengandungi terlalu banyak garam. Garam yang berlebihan akan menyebabkan anda ternyah hidrat.

5. Wajib memakan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi/roti, protein seperti ikan/ daging dan sayur kerana ianya berkalori lebih tinggi.

6. Dinasihatkan memakan 2 atau 3 biji kurma kerana kurma lambat dicerna atau dihadam. Kajian juga membuktikan bahawa kurma dapat menahan lapar dibulan Puasa.

7. Elakkan terlalu banyak tidur pada bulan puasa kerana anda akan lebih cepat rasa lapar dan dahaga.

8. Elakkan minuman berkafien tinggi seperti teh dan kopi kerana ianya akan menyebabkan lebih mudah ternyah hidrat.

Sekian sahaja tips sahur dari kami. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat islam di Malaysia.

Panduan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat


Solat Tarawih hanya dilakukan pada malam bulan Ramadhan sahaja. Solat Tarawih dalam bulan Ramadhan (Qiyam Ramadhan) ialah solat Tahajjud atau ‘shalatullail’ (solat malam)yang dilakukan pada malam-malam bulan lainnya.
Tarawih ertinya beristirehat. Maka solat ini dilaksanakan berselang-seli dengan ‘berehat seketika’, Tujuan berhenti rehat sekejap adalah untuk memperolehi keikhlasan dan memberikan ketenangan kepada mereka yang bersolat, khususnya kepada warga emas disamping mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa.
Solat Sunat Tarawih ialah ibadat tambahan yang dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ia satu cara untuk menunjukkan keikhlasan, kebaktian dan ketaatan kepada Allah SWT.
Jesteru itu Rasulullah SAW menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan, keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya tidak mampu melakukan 20 rakaat disebabkan tugas mahu pun kesihatan, memadai dengan lapan rakaat sahaja.
.
.

Sunnah Rasulullah SAW

.
Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.
.
Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.
.
Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.
.
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”
.
Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”
Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”
.
.

Cara Agihan Solat Lapan Rakaat

.
  1. Biasanya Solat SunatTarawih dilakukan sebanyak lapan rakaat yang dipisahkan kepada2 rakaat demi 2 rakaat (4 kali 2 rakaat) dengan setiap dua rakaat satu salam.
  2. Solat SunatTarawih ini juga boleh dikerjakan empat rakaat – empat rakaat (2 kali 4 rakaat), iaitu sebagaimana tatacara solat fardhu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyat.
  3. Boleh juga dikerjakan sebanyak empat rakaat sekaligus dengan hanya satu tahiyat dan sekali salam sahaja. Sekiranya ingin dilaksanakan dengan hanya satu tahiyat maka setiap rakaat hendaklah dibaca surah-surah atau ayat-ayat dari al-Qur’an.
#  Setiap cara Solat Sunat Tarawih di atas, hendaklah di akhiri dengan tambahan 3 rakaat Solat Sunat Witir, boleh sama ada dilakukan dengan dua salam atau satu salam Witir sahaja.
.
Malah, ia juga boleh digabungkan dengan hanya satu rakaat Solat Sunat Witir.
Abdullah bin Umar r.a berkata: “Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimanakah cara melakukan solat malam? Baginda bersabda: “Dua rakaat dua rakaat. Apabila engkau bimbang (waktu solat Subuh akan masuk), laksanakan terus solat witir sebanyak satu rakaat.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1137.
Aisyah r.a berkata: “Biasanya Nabi s.a.w solat di malam hari sebanyak 13 rakaat termasuk witir dan dua rakaat solat sunat fajar (solat sunat sebelum fardu Subuh). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1140.
.
.

Bacaan Surah

.
Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
.
  1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).
  2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.
  3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat;
.
Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Rakaat
Surah
Pertama
At Takaatsur
Kedua
Al Ashry
Ketiga
Al Humazah
Keempat
Al Fiil
Kelima
Al Quraisy
Keenam
Al Ma’uun
Ketujuh
Al Kautsar
Kelapan
Al Kaafiruun
.
.

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam, ini berlandaskan kepada hadis: “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” (Riwayat Jamaah)
.
1.  Niat:
.
.
2.  Bacaan Selawat, Tasbih dan Doa Solat Tarawih
.
1.  Setelah selesai melakukan solat fardu dan solat sunat Ba’diah Isyak, maka Bilal memulakan Solat Tarawih dengan menyeru:

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْمَعْبُوْدِ

Maha Suci Tuhan Pemiliki (alam) yang disembah (dipatuhi),
 .
2.  Bilal dan jamaah sama-sama membaca:
.
.
3.  Bilal menyeru dengan lafaz bagi permulaan mendirikan solat sunat Tarawih;
.
.
4.  Imam dan jamaah sama-sama mendirikan 2 rakaat pertama solat sunat Tarawih;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at pertama: Surah At Takaatsur
Raka’at kedua: Surah Al Ashry
.
5. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-2; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
.
.
6.  Imam dan jamaah bersama-sama mendirikan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 3 dan 4;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketiga: Surah Al Humazah
Raka’at keempat: Surah  Al Fiil
.
7.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-4; Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
.
.
8.  Diikuti dengan Imam membaca doa berikut:
.
.
9.  Sebelum mendirikan 4 rakaat lagi, bilal dan jamaah membaca kalimat:
.
.
10. Imam dan jamaah sama-sama meneruskan Solat Sunat Tarawih rakaat yang ke 5 dan 6;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at kelima: Surah Al Quraisy
Raka’at keenam: Surah  Al Ma’uun
.
.
11. Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-6; Bilal dan jamaah bersama-sama mengucapkan zikir dberikut:
.
.
12.  Imam dan jamaah bersama-sama meneruskan solat sunat Tarawih untuk rakaat ke 7 dan 8;
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah:
Raka’at ketujuh: Surah Al Kautsar
Raka’at kelapan: Surah  Al Kaafiruun
.
.
13.  Setelah memberi salam pada akhir rakaat ke-8 (akhir); Bilal dan jama’ah membaca Tasbih dan Selawat:
.
.
14.  Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut;
.

Doa Solat Tarawih

.

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلَّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلَ صَلَوَاتِكَ الَّتِىْ صَلَّيْتَ عَلَيْهِ، يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَرَضِىَ اللهُ تَعَالَى عَنْ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَرَضِىَ عَنَّا وَوَالِدِيْنَا جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ.                                                                           

Ya Allah! Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas penghulu kami Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Muhammad SAW dengan selawat terafdal di mana Dikau berselawat ke atasnya dengan selawat itu; Wahai yang mempunyai Kemuliaan dan Kemurahan, wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!  Dan keredhaan Allah kepada kesemua sahabatnya dan telah redha kepada kami, kedua ibu bapa kami dan keselurahan orang-orang yang beriman.

.

 اَللَّهُمَّ اجْعَلْنَا بِاْلإِيْمَانِ كَامِلِيْنَ، وَلِفَرَائِضِكَ مُؤَدِّيْنَ، وَلِلصَّلاَةِ حَافِظِيْنِ، وَلِلزَّكاَةِ فَاعِلِيْنَ، وَلِمَا عِنْدَكَ طَالِبِيْنَ، وَلِعَفْوِكَ رَاجِيْنَ، وَبِالْهُدَى مُتَمَسِّكِيْنَ، وَعَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضِيْنَ، وَفِى الدُّنْيَا زَاهِدِيْنَ، وَفِى اْلآخِرَةِ رَاغِبِيْنَ، وَبِالْقَضَاءِ رَاضِيْنَ، وَبِالنُّعَمَاءِ شَاكِرِيْنَ، وَعَلَى الْبَلاَيَا صَابِرِيْنَ، وَتَحْتَ لِوَاءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ سَائِرِيْنَ، وَإِلَى الْحَوْضِ وَارِدِيْنَ، وَفِى الْجَنَّةِ دَاخِلِيْنَ، وَعَلَى سَرِيْرَةِ الْكَرَامَةِ قَاعِدِيْنَ، وَبِحُوْرٍعَيْنٍ مُتَزَوِّجِيْنَ، وَمِنْ سُنْدُسٍ وَاسْتَبْرَقٍ وَدِيْبَاجٍ مُتَلَبِّسِيْنَ، وَمِنْ طَعَامِ الْجَنَّةِ آكِلِيْنَ، وَمِنْ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفِّيْنَ شَارِبِيْنَ، بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيْقَ وَكَأْسٍ مِنْ مَعِيْنٍ، مَعَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّيْنَ وَالصِّيْقِيْنَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِيْنَ. وَحَسُنَ اُولَئِكَ رَفِيْقًا ذَلِكَ الْفَضْلُ مِنَ الله وَكَفَى بِاالله عَلِيْمًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.                                      

Ya Allah! Jadikanlah kami golongan yang imannya sempurna, dapat menunaikan segala kewajipan agama, menjaga solat, menunaikan zakat, menuntut dan mencari segala kebaikan di sisi-Mu, mengharapkan keampunan-Mu, sentiasa berpegang teguh dengan petunjuk-petunjuk-Mu, terhindar dari segala penyelewangan, mencintai keduniaan dikurangkan, terpelihara di akhirat, meredhai ketentuan qadak dan tabah menerima ujian, mensyukuri segala nikmat-Mu dan semoga di akhirat nanti kami dimasukkan sebaris di bawah naungan panji-panji jujungan kami Nabi Muhammad SAW, dapat melalui telaga yang sejuk, dimasukkan ke dalam syurga, terhindar dari api neraka dan duduk  di atas Tahta Kehormatan di dampingi  bidadari syurga dengan memakai pakaian kebesaran dari sutera yang berwarna-warni, menikmati santapan syurga yang lazat, meminum susu dan madu yang suci lagi bersih di dalam gelas-gelas dan kendi yang tidak kering selamanya, bersama-sama dengan orang yang telah Dikau berikan nikmat pada mereka, daripada golongan para nabi, para siddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh dan baik sekali mereka menjadi teman-teman kami. Demikianlah kemurahan dan kecekapan daripada Allah yang Maha Mengetahui dan segala puji bagi Allah Tuhan Seluruh Alam!

.

اَللَّهُمَّ فَارِقِ الْفُرْقَانَ وَمُنْزِلِ الْقُرْآنَ بِالْحِكْمَةِ وَالْبَيَانِ [بَارِكِ اَللَّهُمَّ لَنَا فِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ (×3)] وَاعْدَهُ اَللَّهُمَّ عَلَيْنَا سِنِيْنًا بَعْدَ سِنِيْنَ. وَأَعْوَامًا بَعْدَ أَعْوَامٍ عَلَى مَا تُحِيُّهُ وَتَرْضَاهُ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.      

Ya Allah! Yang membezakan batil dan hak, yang menurunkan Al-Quran dengan hikmah serta penjelasan, [berkatilah kami ya Allah di dalam bulan Ramadan ini - (3x)] Kurniakanlah kepada kami ya Allah (Ramadan ini dan Rahmat-Nya), tahun demi tahun atas apa yang Dikau kasihi dan redhai; Wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

.

 اَللَّهُمَّ إِنَّكَ فِىْ هَذَهِ اللَّيْلَةِ وَكُلُّ لَيْلَةٍ مِنْ لَيَالِىْ شَهْرِ رَمَضَانِ، عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، فَاجْعَلْنَا اَللَّهُمَّ وَوَالِدِيْنَا وَأَوْلاَدِنَا وَأَزْوَاجِنَا وَمَشَآيِخِنَا وَمُعَلِّمِيْنَآ وَأَقَارِبِنَا وَأَصْحَابِنَا وَالْحَاضِرِيْنَ وَوَالِدِيْهِمْ مِنْ عُتِقَائِكَ مِنَ النَّارِ. [اَللَّهُمَّ أَجِرْنَا مِنَ النَّارِ سَآلِمِيْنَ (×3)] وَأَدْخِلْنَا وَإِيَّاهُمُ الْجَنَّةَ آمِنِيْنَ. [اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفْوٌ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. (×3)]    

Ya Allah! Sesungguhnya Dikau pada malam ini dan pada setiap malam bulan Ramadan membebaskan ahli-ahli neraka. Maka jadikanlah kami Ya Allah, kedua ibu bapa kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, orang-orang tua kami, guru-guru kami, kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang masih hidup dan bapa-bapa kami dari kalangan mereka yang Dikau bebaskan dari neraka. [Ya Allah! Selamatkanlah kami dari api neraka dengan kesejahteraan - (3x)]. Masukkanlah kami dan mereka ke dalam syurga sebagai orang-orang yang sejahtera. [Ya Allah! Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Pemurah, Dikau amat suka mengampunkan, maka ampunilah kami! - (3x)].

وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ.                                           

Rahmatilah dan sejahterakanlah ke atas semulia-mulia makhluk, penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarganya dan para sahabat Baginda kesemuanya. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam!

.
.
.

Solat Sunat Witir

.
Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.

Lakukanlah solat Witir, mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada kamu!
.
.

Cara Melaksanakannya

      .
1.  Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
.
.
2.  Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
.
.
3.   Sesudah salam, Bilal membacakan selawat;
.
.
4.   Jemaah terus berdiri untuk mengerjakan satu lagi raka’at Witir. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
.
.
5.   Selepas bacaan al-Fatihah, pada raka’at terakhir, dibaca pula surah;
Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
.
.
6.   Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.
.
.
7.   Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
.
.
8.   Boleh dibaca doa-doa berikut:
.
.

والسلام




Panduan Asas Puasa Ramadhan - Niat

Niat puasa Ramadhan

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat


  • Lafaz setiap malam. Niat ringkas:


نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


  • Lafaz lengkap:


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


  • Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:


Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Panduan Agama: Hukum Puasa Sunat Jumaat, Sabtu


Hadis: Puasa Jumaat

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW berkata yang bermaksud: “Jangan kamu khaskan malam Jumaat dengan solat yang berbeza daripada malam-malam yang lain dan jangan kamu khaskan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza daripada hari yang lain kecuali jika ia jatuh pada hari yang seseorang kamu berpuasa padanya.” (Riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bemaksud: “Janganlah seseorang kamu berpuasa pada hari Jumaat kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Daripada Abdullah bin Amru, Nabi Muhammad SAW pergi ke rumah Juwairiyah binti Al-Harith dan mendapati dia berpuasa pada Jumaat. Maka Baginda SAW bertanya: “Adakah engkau berpuasa semalam?” Jawabnya: Tidak. Baginda SAW bertanya lagi: “Adakah engkau mahu berpuasa esok?” Jawabnya: Tidak. Baginda SAW pun berkata, “Kalau begitu berbukalah.” (Riwayat Bukhari)

Hadis: puasa Sabtu

Daripada Abdullah bin Busr daripada kakaknya Al-Samma’, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Jangan kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali dalam apa yang difardukan (diwajibkan) atas kamu, dan jika sekiranya seseorang kamu hanya mempunyai kerak anggur atau tangkai pokok maka hendaklah ia mengunyahnya.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, IbnuMajahdan Al-Darimi. Imam Al-Tirmizi menghasankannya manakala Syeikh Al-Albani mensahihkannya dalam Irwaa’ Al-Ghalil hadis no. 960)

Daripada Umm Salamah, Rasulullah SAW berpuasa pada Sabtu dan Ahad lebih daripada hari yang lain dan Baginda SAW berkata: “Kedua-duanya adalah hari raya orang Musyrikin, maka saya suka menyelisihkan mereka.” (Riwayat Ahmad dan didaifkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Silsilah Dha’ifah hadis no. 1099)

Kesimpulannya, dapat dikatakan berpuasa pada Jumaat adalah dilarang kecuali:

Dengan berpuasa sehari sebelumnya (Khamis); atau, Sekiranya ia menepati adat puasa seseorang itu.

Perbincangan puasa Sabtu

Terdapat perbezaan pendapat ulama tentangnya. Ada yang mengatakan: Ia harus, sama seperti puasa Selasa dan Rabu. (Pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah)

Harus, dengan syarat ia tidak dilakukan secara ifrad (dengan berpuasa pada Sabtu sahaja) dan hendaklah dengan berpuasa sehari sebelum (Jumaat) atau sehari selepasnya (Ahad).

Ia dilarang kecuali dalam puasa fardu. (Pendapat Syeikh Al-Albani rahimahullah)

Syeikh Al-Albani rahimahullah, ulama dalam bidang hadis secara khasnya di dalam kitabnya berjudul Tamam Al-Minnah (halaman 405-408) menyimpulkan, hadis yang menyebut larangan berpuasa pada Sabtu (hadis nombor 4) adalah sahih.

Walaupun ada ulama yang mendaifkannya, tetapi jalan riwayatnya saling menguatkan antara satu sama lain sehingga menjadikannya sahih tanpa keraguan padanya.

Adapun alasan berpuasa pada Sabtu hanya dilarang jika ia dilakukan secara ifrad (dengan berpuasa pada Sabtu sahaja), Syeikh Al-Albani rahimahullah melihat alasan ini tertolak dengan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Kecuali dalam apa yang difardukan atas kamu” dalam hadis nombor 4 di atas.

Sepertimana dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim dalam Tahziib Al-Sunan, larangan berpuasa pada Sabtu meliputi semua jenis puasa sunat pada hari tersebut tidak kira sama ada puasa sunat itu dilakukan pada Sabtu sahaja atau dilakukan dengan disertai dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.

Kalaulah benar yang dilarang adalah puasa Sabtu secara ifrad sahaja pasti Nabi Muhammad SAW menyatakan, jangan berpuasa pada hari Sabtu kecuali dengan berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya seperti mana yang dinyatakan dalam puasa hari Jumaat (hadis no. 2).

Bagaimanapun, bagi menghimpunkan antara hadis larangan berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) dan hadis yang mengharuskannya (hadis no. 2 dan 3), Ibnu Al-Qayyim menyimpulkan apa yang dilarang adalah berpuasa pada Sabtu secara ifrad.

Dalam hal ini, Syeikh Al-Albani rahimahullah melihat kesimpulan ini tidak mungkin kerana:

Ia jelas menyalahi hadis larangan berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) yang hanya memberi pengecualian pada puasa fardu.

Terdapat cara lain yang boleh digunakan bagi menghimpunkan hadis ini iaitu dengan menggunakan kaedah-kaedah usul fiqh yang telah digariskan oleh golongan ulama. Antaranya:

Sekiranya satu dalil yang melarang bertembung dengan dalil yang mengharuskan; dalil yang melarang akan didahulukan.

Sekiranya satu dalil kata-kata Nabi Muhammad SAW bertembung dengan dalil perbuatan Baginda SAW; Dalil kata-kata Baginda SAW akan didahulukan.

Berdasarkan kaedah ini, hadis larangan berpuasa pada Sabtu (hadis no. 4) perlu didahulukan kerana ia larangan manakala hadis nombor 2 dan 3 adalah pengharusan.

Begitu juga dengan hadis perbuatan Nabi Muhammad SAW yang banyak berpuasa pada Sabtu dan Ahad (hadis no. 5), sekiranya hadisnya sahih, dalil kata-kata Baginda SAW yang melarang berpuasa pada Sabtu juga perlu didahulukan berdasarkan kaedah usul fiqh: dalil kata-kata perlu didahulukan atas dalil perbuatan.

Bagaimanapun, sepertimana yang dijelaskan Syeikh Al-Albani rahimahullah, hadis nombor 5 ini adalah lemah.

Kesimpulan puasa Sabtu

Kesimpulannya, Syeikh Al-Albani rahimahullah, berpuasa hari Sabtu dilarang sama ada dilakukan secara ifrad mahu pun dengan berpuasa sehari sebelum atau selepasnya. Tetap dilarang walaupun Sabtu itu adalah Hari Arafah (9 Zulhijjah) atau Asyura’ (10 Muharram) kerana jelas keduanya bukan puasa fardu.

Hal ini sama dengan larangan berpuasa pada Isnin dan Khamis sekiranya Hari Raya Aidilfitri jatuh pada satu daripada hari tersebut. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA: “Baginda SAW melarang berpuasa pada dua hari iaitu; Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ustaz Idris Sulaiman
( Ahli Syura Ilmuwan Malaysia)